Entertainment

‘You’re My Love, My Life, My Everything..’ Ucapan Bakal Isteri Sempena ‘Birthday’ Azri Iskandar Tarik Perhatian


Baru memegang status duda selama 24 hari, pelakon Azri Iskandar mengesahkan bahawa dia bakal berkahwin tidak lama lagi.

Artikel berkaitan : ‘Saya Dah Rasa Azri Ada Hubungan Dengan Wanita Lain’ – Ellie Suriaty

Artikel berkaitan : ‘Saya Tertarik Melihatnya, Dia Pun Suka Saya’ – Azri Iskandar Nak Percepatkan Majlis Kahwin

Wanita yang bakal menggantikan tempat Ellie Suriaty sebagai teman hidupnya adalah seorang penulis skrip, komposer dan novelis yang dikenali sebagai Azra Diera Abdul Hamid.

Bakal isteri beri ucapan sweet

Menerusi hantaran istimewa yang dimuat naik oleh Azra di Facebook, memaparkan foto sebuah kek sempena ulang tahun kelahiran Azri yang ke-54 beserta ucapan yang sangat romantis.

You are my love, my life and my everything. Saya akan rasa hilang tanpa awak. Happy birthday sayang.

Melalui hantaran tersebut, kelihatan Azri membalas ucapan berkenaan dengan memanggil Azra dengan panggilan manja ‘Baby’.

Terima kasih baby. Ara juga segalanya bagi abang. Terima kasih ara.

Dalam pada itu, Azra turut berterima kasih kepada pelakon Pontianak Harum Sundal Malam itu kerana telah menyayangi dirinya. Malah Azri turut mengatakan itu semua adalah usaha dan selebihnya dia berserah kepada takdir Allah yang telah menemukan mereka.

Sama-sama abang. Happy birthday. Love you, love you, love you. Thanks untuk abang juga yang sayangkan diri ini.

Allah yang tentukan sayang. abang usahakan je.

Hantaran di Facebook

Sumber : artis malaysia



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.