Entertainment

“Work Hard, Play Hard” Dengan HUAWEI MatePad 10.4 & MateBook D15 Yang Dipertingkat


Jenama HUAWEI sememangnya terkenal dengan peranti yang mempunyai ciri dan fungsi yang pintar. Namun tidak terhenti setakat itu, bagi memberikan pengguna lebih kepuasan dan menyerlahkan AI Life Seamless dan Konsep Peranti Super (Super Device) , HUAWEI telah mempertingkat 2 peranti paling latestnya iaitu HUAWEI MatePad 10.4 dan HUAWEI MateBook D15.

Kedua peranti ini direka bagi memberi pengguna kepuasan, ketika melakukan tugasan profesional dan peribadi. Kalau anda nak tau apa fungsi yang dipertingkat dan bagaimana ia dapat membantu kehidupan seharian anda? Haa.. Check it out guys.

HUAWEI MatePad 10.4

HAUWEI MATEPAD 10.4

Stesen produktiviti mudah alih

Gaya hidup yang serba pantas menyebabkan ramai yang beralih daripada komputer riba kepada tab. Ini kerana bentuk tab yang kompak dan ringan memudahkan ia untuk diletakkan di dalam beg dan dibawa ke mana sahaja. HUAWEI MatePad 10.4 hanya 450g dan 7.35mm, ia mempunyai bingkai melengkung mikro pada badan yang memberikan cengkaman yang selesa dan lebih muat pada tangan.

Malah ketika sedang bekerja atau berada dalam kuliah, urusan mengambil nota menjadi lebih mudah kerana anda boleh terus mencatat perkara penting ke skrin atau menggunakan M-Pencil. 

Hebat untuk penstriman dan gaming

Bagi mereka yang menikmati penstriman filem dan rancangan TV, serta suka bermain permainan atas talian, HUAWEI MatePad 10.4 dapat memberikan anda pengalaman baru yang tidak dapat ditandingi oleh telefon pintar. 

Dilengkapi Full View Display 10.4 inci, HUAWEI MatePad 10.4 hadir dengan 84% nisbah skrin-ke-badan dengan bezelnya yang tipis. Ia memberikan pengalaman mengasyikkan tanpa gangguan pada kandungan yang ditonton.

Kalau paparan tanpa kualiti yang setanding pun tak syok juga. Memahami keperluan pengguna untuk mengimbangi antara kerja dan hiburan, HUAWEI MatePad 10.4 mempunyai paparan dengan resolusi 2K. Pengguna dapat menikmati paparan yang lebih jelas dengan perincian yang lebih besar dan lebih ketepatan warna.

Bukan itu saja, paparan HUAWEI MatePad 10.4 dilengkapi dengan sijil TÜV Rheinland Low Blue Light dan Flicker Free memberikan kesan minimum cahaya biru pada mata anda. Jadi, anda boleh terus menonton kandungan kegemaran atau mengguna tablet untuk bekerja dan belajar walaupun untuk jangka waktu yang lama.

Pengalaman Audio yang Mengasyikkan dan Tidak Terganggu

Visual bukan satu-satunya hiburan. Kalau anda seorang penggemar muzik, anda pasti akan menyukai pembesar suara pada HUAWEI MatePad 10.4 yang dikuasakan oleh Harman Kardon. 

Ia menawarkan pengalaman audio sinematik yang memberikan anda pengalaman audio mengasyikkan apabila menonton kandungan kegemaran sepanjang masa. Selain tu, tiga mikrofon dan ciri pengurangan hingar yang dibangunkan sendiri oleh HUAWEI membantu membezakan antara suara dan hingar dalam masa nyata serta menapis mikrofon daripada menangkap bunyi yang tidak diingini.

Peranti Boleh Tahan Sepanjang Hari

Pernah tak anda rasa kecewa kerana tab anda kehabisan bateri pada situasi penting? Lagi malang kalau anda tak bawa power bank atau tiada sumber kuasa di kawasan berdekatan. 

Tak perlu bimbang, HUAWEI MatePad 10.4 dilengkapi dengan bateri 7,250 mAh yang memberikan anda sehingga 12 jam playback video HD 1080P dengan sekali cas.

Ia juga menyokong SuperCharge HUAWEI 22.5W yang memberikan pengecasan penuh dalam masa 2.5 jam sahaja.

Gantikan Pen & Kertas Kepada Jurnal

Mencatat nota ketika kuliah atau mesyuarat kini lebih mudah menggunakan HUAWEI M-Pencil. Bukan sekadar stylus biasa, HUAWEI M-Pencil dilengkapi dengan pelbagai fungsi berbeza untuk meningkatkan produktiviti anda.

HUAWEI MatePad 10.4 turut serasi untuk berkolaborasi dengan banyak aplikasi daripada AppGallery seperti WPS, Jnotes dan Touchnotes, yang memberikan pengalaman menulis dan melukis yang lebih baik berbanding anda melakukannya menggunakan pen dan kertas.

HUAWEI MateBook D15

HUAWEI MATEBOOK D15

Peranti Estetik Dengan Prestasi Memukau

Jika reka bentuk estetik mengujakan anda, HUAWEI MateBook D15 pasti akan buat anda tertarik yang menjadi pelengkap gaya sama ada ketika bekerja atau belajar.

HUAWEI MateBook D15 didatangkan dengan Full-View Display 15.6 inci yang dipasang pada skrin dengan bezel nipis 5.3mm, memberikan pengguna nisbah skrin-ke-badan yang tinggi sebanyak 87% dan pengalaman menonton yang mengasyikkan.

Walaupun kebanyakan komputer riba adalah besar dan berat, HUAWEI MateBook D15 hanya  1.56kg dan berukuran hanya 16.9mm dengan reka bentuk yang dinaik taraf tanpa mengabaikan prestasinya.

Tapi bila cakap tentang komputer riba, kita semua mahukan komputer riba yang pantas, berkuasa dan responsif untuk menyelesaikan tugas tanpa lagging. 

Dikuasakan dengan 11th Gen Intel® Core™ i5 processor baharu, HUAWEI MateBook D15 yang membolehkan komputer riba menggerakkan aplikasi intensif dengan mudah.

Selain itu, menyokong sehingga RAM 16GB yang dimuatkan di dalam HUAWEI MateBook D15, ia mampu menjalankan tugas berat dan memindahkan data pada kelajuan tinggi tanpa gangguan.

Memahami pengguna yang mahukan lebih banyak port pada komputer riba dan kadang-kala terpaksa membeli sambungan atau dongle tertentu. HUAWEI MateBook D15 tersedia dengan semua port yang anda mungkin perlukan seperti USB Type-C, USB 3.2 Gen 1, 2x USB 2.0, HDMI dan port tambahan 3.5mm.

Sambung Peranti Dengan Lancar &  Tingkatkan Produktiviti Permainan ke Tahap Lebih Tinggi

HUAWEI

HUAWEI MatePad 10.4 yang serba baharu dan dinaik taraf dikuasakan oleh HarmonyOS 2, menawarkan anda pengalaman menghubungkan peranti tablet dan PC yang lebih mudah dan menyeronokkan.

Terdapat tiga mod yang tersedia untuk Tablet-PC Multi-Skrin iaitu mod Mirror, Extend & Collaborate.

Mirror mode (Mod Cermin): Skrin MateBook D15 dicerminkan ke tablet, ia akan memaparkan kandungan yang sama diantara dua peranti itu. HUAWEI M-Pencil generasi ke-2 juga bukan hanya boleh digunakan untuk mengendalikan tugas tablet, tetapi ia boleh menandatangani, menambah ulasan dan melukis untuk tugasan PC. Cool kan? 

Sebagai contoh, ketika anda membuka perisian reka bentuk pada PC, anda boleh menambahkan ulasan pada kerja itu menggunakan HUAWEI M-Pencil (generasi ke-2) melalui kerjasama Tablet-PC Multi-Skrin. HUAWEI MatePad 10.4 akan berfungsi sebagai pad lukisan digital, manakala HUAWEI M-Pencil (generasi ke-2) yang digabungkan berfungsi sebagai alat perantara antara keduanya.

Extend Mode (Mod Sambungan): Melalui extend mode, HUAWEI MatePad 10.4 akan berfungsi sebagai paparan tambahan untuk MateBook D15 bagi memberikan lebih banyak ruang untuk memaparkan kandungan. 

Kalau di pejabat, kadang-kala anda boleh melihat seorang pekerja menggunakan PC sebagai paparan sambungan atau memudahkan urusan untuk membuat perbandingan.

Dengan extend mode, anda juga boleh melakukan perkara yang sama dengan menyambungkan Matebook D15 bersama MatePad 10.4 untuk menikmati faedah bekerja dengan 2 skrin.

Collaborate Mode (Mod Kerjasama): Kalau sebelum ini anda memindahkan kandungan merentas tablet dan PC menggunakan pemacu kilat (USB) atau aplikasi pihak ketiga, yang memerlukan banyak langkah. 

Melalui Collaborate Mode Tablet-PC Multi-Skrin ni, anda boleh memindahkan secara terus kandungan yang diinginkan menggunakan tetikus PC dengan menyeret dan melepaskan fail (seperti imej, video, fail audio, dokumen) antara HUAWEI MatePad 10.4 dan MateBook D15.

HUAWEI MatePad 10.4 & HUAWEI MateBook D15 Peranti Wajib Miliki 2022

HUAWEI MatePad 10.4 kini boleh didapati secara pra pesan pada harga RM1,599. Tempah sekarang untuk menikmati hadiah percuma bernilai sehingga RM898, termasuk papan kekunci pintar HUAWEI dan HUAWEI M-Pensil Generasi Kedua. 

Tempahan bagi HUAWEI MatePad 10.4 boleh dilakukan di laman web rasmi HUAWEI, HUAWEI Experience Store serta Shopee dan Lazada bermula dari 22 April 2022 sehingga 2 Mei 2022. 

HUAWEI

Manakala HUAWEI MateBook dengan pemproses D15 Intel® Core™ i5 Generasi ke-11 kini boleh didapati di seluruh negara bermula RM3,099 serta jangan lepaskan peluang untuk membawa pulang hadiah PERCUMA berjumlah RM 827 termasuk beg galas HUAWEI, HUAWEI Bluetooth Mouse dan HUAWEI FreeLace.

Pembelian HUAWEI MateBook D15 boleh dilakukan di laman web rasmi HUAWEI, HUAWEI Experience Store serta Shopee dan Lazada bermula dari 22 April 2022.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.