Entertainment

“Well Done My Son..” – Azmin Ali Ucap Tahniah Buat Anak, Netizen Petik Nama Diva AA?


Baru-baru ini, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah membuat sebuah hantaran di laman Instagram memaparkan dua orang anak lelakinya iaitu Mohamed Yusuf Al-Sadiq dan Mohamed Basheer Noor Al-Haq.

Menerusi hantaran tersebut, Datuk Azmin meluahkan rasa bersyukur apabila kedua-dua anak lelakinya itu telah berjaya menamatkan pengajian mereka di luar negara.

Advertisement

Malah, beliau turut menitipkan ucapan tahniah dan kata-kata semangat buat anak-anaknya selain mendoakan kejayaan mereka.

Alhamdulillah! Tahniah dan syabas kepada anak saya, Yusuf kerana mendapat BA dengan Kepujian dalam Pengurusan Global (Perusahaan dan Inovasi).

Kegembiraan berganda hari ini, tahniah kepada kamu, anak ku, Basheer kerana berjaya mendapat BSc dengan Kepujian dalam Pengurusan Perniagaan, Inovasi Digital dan Keusahawanan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut mengucapkan tahniah kepada kedua anak Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.

Namun, ada juga segelintir netizen yang menitipkan ucapan tahniah dengan memetik nama adik Azmin Ali iaitu selebriti sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.


17 jam lalu

(VIDEO) “Please Watch English Punya..” – Zarina Anjoulie Larang Anak Tonton Kartun Melayu?





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.