Entertainment

(VIDEO)”Balik Raya Awal Pun Jem Mat..” – Netizen ‘Update’ Jalan Mula Sesak, Ada Yang ‘Sangkut’ 14 Jam Dah!


Nampaknya sudah ramai yang tidak sabar untuk menyambut Aidilfitiri di mana ada di antara kita sudah mula bercuti untuk pulang ke kampung.

Menjengah ke media sosial, ramai juga yang berkongsi mengenai ‘update’ keadaan semasa di jalan raya serta lebuhraya utama negara yang khabarnya, sudah mula sesak dengan kenderaan keluar masuk.

Beberapa perkongsian di TikTok juga dipenuhi dengan video rakyat Malaysia yang sudah mula memulakan perjalanan balik kampung setelah dua tahun tidak dibenarkan untuk berbuat demikian berikutan perlaksanaan PKP.

Malah, ada juga yang mendakwa mereka tersangkut dalam kesesakan lalu lintas selama hampir 14 jam!

Tapi sebenarnya, kesesakan lalu lintas ini sememangnya ‘dirindui’ kerana ramai yang sudah tidak merasa semangat untuk balik beraya ke kampung halaman masing-masing.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tampil menasihatkan agar sentiasa merancang perjalanan masing-masing dan menyediakan kelengkapan secukupnya bagi menghadapi perjalanan jauh.

Selain itu, sentiasa berhati-hati di jalan raya kerana sesungguhnya; pandu laju, maut menunggu.

belanja sekolah Rm500


1 jam lalu

(VIDEO) “Dah Macam Yuran Tadika..” – Wanita Kongsi Duit Belanja Sekolah Anak RM500 Sebulan Buat Netizen Terkejut





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.