Entertainment

[VIDEO] Zul Ariffin Buat Kejutan Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Gayatri


Pelakon kacak Zul Ariffin dikatakan membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis SUV kepada bekas kekasih yang juga merupakan teman baiknya iaitu Gayatri Su-Lin Pillai.

Artikel berkaitan : Zul Ariffin Baring Atas Paha Ruhainies, Netizen Pesan Jaga Batas – ‘Cakap Salah, Tak Cakap Salah’

Artikel berkaitan : Mesra Pegang Muka Ruhainies, Netizen Tanya Zul Ariffin Bukan Cakap Tak Nak Sentuh Perempuan Ke?

Artikel berkaitan : Peminat Frust Zul Ariffin Post Video Dengan ‘Sayang’, Ada Yang Dah Mula Unfollow Di IG

Terima kereta mewah dari Zul Ariffin

Menerusi video yang dimuat naik oleh Gayatri di Instagram, penerbit filem berusia 46 tahun itu menunjukkan kereta mewah berwarna hitam yang dihadiahkan oleh Zul Ariffin kepada dirinya.

Hari ini saya terima hadiah yang tak pernah saya terima sepanjang hidup saya.

Tidak sangka akan mendapat hadiah semanis dan sehebat itu sepanjang hidupnya, Gayatri seperti hilang kata-kata dan bersyukur dengan hadiah yang diberi. Malah, dia turut mengucapkan terima kasih kepada pelakon drama Setelah Ku Dimiliki itu.

Saya seperti hilang kata-kata. Tak pernah terbayang akan terima hadiah semanis dan hebat seperti ini. Terima kasih Zul Ariffin dari lubuk hati saya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan industri dan warganet membanjiri komen dengan ucapan tahniah dan emoji berbentuk hati. Menerusi video tersebut, berkemungkinan Zul Ariffin menghadiahkan SUV jenis Range Rover.

Sekadar info, Zul Ariffin dan Gayatri pernah bercinta sejak 2012, namun hubungan mereka berakhir selepas tiga tahun bercinta.

Video penuh

‘Yay’

Sumber : gayapillai





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.