Entertainment

Video Wanita Memandu Sambil Pangku Anak, Biarkan Anak Keluar Tingkap Cetus Amarah


Tular satu video seorang pemandu wanita yang membiarkan seorang kanak-kanak mengeluarkan separuh badannya ke luar tingkap pintu penumpang belakang ketika kenderaan sedang bergerak. Tindakannya itu ternyata tidak diterima baik warganet.

Memandu sambil pangku anak

Tangkap layar video viral

Dalam satu video asal milik pengguna TikTok @mamalinwaklanwood, seorang kanak-kanak dilihat mengeluarkan separuh badannya ke luar tingkap pintu belakang sebuah kereta yang sedang bergerak di atas lebuh raya.

Lebih teruk lagi, perakam video berkenaan juga sempat merakam tindakan pemandu tersebut yang turut memangku seorang lagi kanak-kanak ketika dia sedang memandu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik perbuatan pemandu kenderaan tersebut yang seolah-olah tidak memikirkan keselamatan kanak-kanak tersebut. Namun, turut ada yang bersimpati dengan wanita itu yang mungkin sudah letih menegur peel kanak-kanak itu.

Video

Sumber: TikTok Mama Lin, Facebook Ehailing.fm



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.