Entertainment

[VIDEO] Robot Baru Beli Dibawa Arus Banjir, Budak Lelaki ‘Pasrah’ – ‘Menyerah Je Lah..’


Kini Trending

Baru-baru ini, bencana banjir yang melanda negara telah meragut nyawa beberapa orang mangsa dan mengakibatkan kemusnahan harta benda.

Bukan itu sahaja, pelbagai kerosakan harta benda dan kehilangan barangan kesayangan turut dilaporkan berikutan bencana banjir yang berlaku itu. Situasi ini dialami salah seorang kanak-kanak lelaki apabila mainannya hanyut dek banjir.

Artikel berkaitan: ‘Adik Tutup Mata, Mama Pun Tutup Mata, Ini Mungkin Takdir Kita’ – Ibu Junjung Anak Dalam Kotak 4 Jam Ketika Banjir Paras Leher

Artikel berkaitan: Pelamin Uyaina Arshad Hanyut Dibawa Banjir, Tiket Kapal Terbang Ke Eropah ‘Burn’ – ‘Kami Berdua Saling Ketawa Mengenangkan Pelbagai Drama’ 

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita, Annejustanne di akaun TikTok, memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang petah menceritakan kisah sedihnya apabila robot mainannya yang baru sahaja dibeli sudah hanyut dibawa arus deras susulan rumah keluarganya dimasuki air.

Tapi yang paling saya sedihnya, robot yang baru saya beli tu dah kena siram dengan air

Katanya lagi, mainan robotnya itu baru sahaja sampai sehari sebelum banjir berlaku. Namun, keesokan harinya ketika bangun dari tidur dia mendapati air sudah di paras pinggang, dia hanya mampu melihat robot tersebut yang sudah jauh dihanyutkan arus deras.

Masa saya dah beli tu, saya tengoklah kat luar. Eh! dah sampai barang. Pukul 10 je bangun-bangun, sampai sini dah air, tengok mainan dah terkeluar dan dah pergi jauh. Tak nampak dah.

Dia hanya mampu berserah apabila dia tidak mampu menyelamatkan permainannya itu.Namun, dia tetap tersenyum walaupun jelas kelihatan sedih diwajahnya. Video yang berdurasi selama 34 saat itu meraih lebih satu juta tontonan dan mendapat lebih 149 ribu tanda suka di TikTok.

Menyerah je lah…

@annejustanne “menyerah je lah..” = Redha.?#banjir #rakyatjagarakyat ? original sound – AnneJustAnne

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kanak-kanak lelaki itu yang sudah faham erti redha dan ikhlas menerima takdir yang tertulis. Malah, ada juga di antara mereka yang menawar untuk membelikannya robot mainan yang baru.

Sumber: Annejustanne



The following two tabs change content below.

“Live is short and it is here to be lived”





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.