Entertainment

(VIDEO) “Puas Hati Tengok!” – Letak Kereta Sesuka Hati, Alphard Rosak Teruk Disagat Kenderaan Lain


Satu video TikTok menjadi tular di media sosial baru-baru ini apabila sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard telah mengalami kerosakan teruk akibat ‘disagat’ oleh bas awam.

Kereta itu didakwa telah diletakkan di kawasan dilarang parkir berdekatan bahu jalan yang tidak dapat dipastikan lokasi kejadian.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, kereta Alphard itu rosak teruk di bahagian kanan MPV di mana badan kenderaan itu tersagat dan terkopek, akibat bergesel dengan kenderaan lain.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku di Midvalley/The Gardens, Bangsar.

Pesan si pemuat naik video itu, pemilik kenderaan perlu berhati-hati memilih tempat untuk parkir kenderaan di tepi jalan terutamanya supaya tidak menganggu pengguna jalan raya yang lain.

“Hari-hati semua sahabat-sahabat pilot darat, nak parking cari tempat yang selamat ya. Kita senang, orang lain pun senang.” ujarnya.

taman tema beratur panjang


30 minit lalu

“B*doh Punya Sistem” – Beli Tiket ‘Online’ Masih Kena Beratur, ‘Parents’ Bengang Sistem Masuk Taman Tema





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.