Entertainment

[VIDEO] ‘Muka Paling Seiras Pernah Aku Tengok’ – Aedy Ashraf Terkedu Jumpa ‘Kembar’


Sebelum ini, nama Aedy Ashraf menjadi perbualan hangat warganet susulan tular seorang lelaki yang dikatakan mempunyai wajah mirip pelakon itu. Malah ada yang mendakwa mereka berdua sebenarnya kembar yang telah lama terpisah!

Artikel berkaitan : Aedy Ashraf Kunci Mulut, Enggan Kongsi Kisah Lamar Amelia Henderson Jadi Kekasih

Artikel berkaitan : ‘Pengganti Untuk Teman Hidup? Saya Boleh Temankan Diri Sendiri ..’ – Amelia Henderson

Artikel berkaitan : [VIDEO] Aedy Ashraf Buat Kejutan, Lamar Amelia Henderson Depan Peminat – ‘2 Tahun Saya Tunggu Awak’

Akhirnya Aedy Ashraf jumpa ‘kembar’

Menerusi sesi Live di Instagram dan TikTok, pemilik nama sebenar Mohamad Addy Ashraf akhirnya dapat bersua muka bersama ‘kembarnya’ setelah sekian lama menjadi viral di media sosial.

Di dalam Live itu turut kelihatan Aedy ketawa besar, seakan tidak percaya bahawa wajah jejaka kelahiran Sabah itu memang seiras dengannya. Lebih menarik lagi apabila kedua-dua mereka merupakan anak kedua dalam keluarga masing-masing.

Eh sama jugak anak kedua tapi aku nombor 2 last lah sebab ada 2 je adik-beradik tapi still sama jugak.

Namun, apabila pelakon berusia 29 tahun itu memakai topi, riak muka mereka tampak lebih serupa persis seperti pasangan kembar sehingga membuatkan Aedy pening memikirkan bagaimana wajah mereka seakan sama.

Aduh aku pening lah macam mana boleh sama. Pakai cap pun nampak sama muka kau dengan aku.

Aedy Ashraf excited

@_lalan21 Disini down hahahah #fyp #foryou #ditaja?? ? original sound – Lalan
@seronokselalu @aedyxashraff @_lalan21 #fyp? #aedyashraf #kembaraedyashraf #artismalaysia ? original sound – seronokselalu

‘Macam tengok dengan cermin’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen keliru dengan wajah kedua-duanya. Malah ada juga di antara mereka mengatakan bahawa lelaki berkenaan boleh berlakon sebagai watak kembar bersama Aedy.

Sumber : _lalan21, seronokselalu



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.