Entertainment

[VIDEO] Melutut Atas Pentas Beri Jambangan Bunga, Netizen Cair Tengok Fattah Amin ‘Sweet’ Dengan Fazura


Pada Ahad lalu, pelakon yang terkenal dengan filem Pisau Cukur telah mengadakan konsert sulungnya iaitu Faztival Fazura 2022 di Axiata Arena. Konsert itu turut melibatkan beberapa artis terkenal tempatan dan Indonesia.

Artikel berkaitan: ‘Skip’ Soalan Crush, Sesi Soal Jawab Fazura & Fattah Amin Sempena Hari Bapa Buat Netizen ‘Bersemut’

Artikel berkaitan: Dapat Bunga Dari ‘Hubsbaby’, Fazura Terus Hilang Penat

Sokongan suami tercinta Fattzura

Namun apa yang mencuri tumpuan ramai adalah gelagat suami kepada Fazura iaitu Fattah Amin yang membuat kejutan sebagai tanda sokongan buat isteri. Kelihatan Fattah Amin melutut sambil menghulurkan sejambak bunga kepada isteri tercinta di atas pentas ketika konsert berlangsung. Menerusi video yang dikongsikan para peminat, pelantun lagu Noktah itu seakan terkejut dan terharu dengan kejutan yang diberikan si suami.

Tindakan Fattah turut mendapat sokongan dan jeritan daripada para peminat. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui Fattah seorang suami yang sangat ‘sweet’ dan romantik. Malah mereka memuji sikap Fattah yang sentiasa melayani dan menyokong isteri tercinta.

Dalam kesempatan itu, mereka menitipkan doa agar hubungan pasangan ini kekal sehingga ke akhir hayat.

Sweetnya, semoga bahagia till jannah.

Pasangan yang membahagiakan antara satu sama lain. Semoga kekal hingga ke jannah.

Tahniah Fattah mnjadi seorang suami yang baik, tumpang gembira tengok kebahagiaan mereka.

Video penuh

@n4dia.hassan

Di sebalik kejayaan Fazura, adanya insan kuat & tulang belakang iaitu suami tersayang Fattah Amin ? #fattzura #fazura #fattahamin #tudungfazura #fyp #foryoupage #esekali

? original sound – nadia.tudungfazurakl – nadia.tudungfazurakl

@sayangselaseh

Sentiasa mendapat support dari suami tercinta ? . #fattzura #fattzuralovelife #fattahamin #fazura

? Hingga Tua Bersama – Rizky Febian

Sumber: @n4dia.hassan, @sayangselaseh



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.