Entertainment

(VIDEO) Kereta Kena Rompak Ketika Ziarah Kubur, Duit RM8000 Dokumen Penting Semua Lesap


Siapa sangka niat sebuah keluarga untuk menziarahi kubur berakhir dengan tragedi apabila mendapati kenderaan yang dinaiki telah dirompak.

Dikatakan kejadian tersebut berlaku di Tanah Perkuburan Lipat Kajang, Klang semasa ahli keluarga berkenaan sedang menziarahi kubur dan mendapati tingkap kereta telah dipecahkan selepas selesai menziarah.

Menerusi perkongsian Fathiah Mohd di laman sosial Twitter, mangsa tidak sengaja tertinggal beg tangan di dalam kereta dan perompak memecahkan tingkap kereta mangsa untuk mengambil beg tangan.

Berdasarkan maklumat yang diberi, wang berjumlah RM8000 berserta beberapa dokumen penting dapat dilarikan oleh perompak dalam kejadian berikut.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa marah terhadap perompak dan berasa simpati dan berharap agar mangsa tidak meninggalkan sebarang jenis barang berharga di dalam kereta kerana perbuatan itu berbahaya dan boleh menarik aktiviti-aktiviti jenayah.


1 bulan lalu

“Sebelum Buat Ada Minta Rakam Dulu Ke?” – Netizen Tegur Gadis Meratap Sampai Terbaring Di Kubur Bapa





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.