Entertainment

[VIDEO] Fizo Omar Bakal Dapat Anak, Isteri Bunting Pelamin – ‘Hadiah Paling Istimewa Buat Kami’


Kini Trending

Pernah timbul spekulasi yang mengatakan isteri kepada pelakon dan usahawan Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri hamil selepas netizen mendakwa melihat ‘baby bump’.

Artikel Berkaitan: ‘Maryam Dah Nak Ada Adik’ – Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’ Isteri, Fizo Omar Terus Kunci Mulut

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Fazeera mengesahkan dengan berkongsi berita gembira pada malam Ahad.

Memuat naik video berdurasi 50 saat, Fazeera menyatakan rakaman itu dibuat pada bulan pertama perkahwinan mereka. Fazeera membuat kejutan kepada Fizo, 36, dengan memberi alat ujian kehamilan sambil tersenyum.

Video ini diambil ketika bulan pertama perkahwinan kami, ia kejutan besar buat dia apabila beritahu saya hamil.

Alhamdulillah, ini hadiah paling istimewa buat kami dan saya berdoa agar semuanya berjalan lancar.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar kelihatan terkejut namun gembira pada waktu yang sama.

Maksudnya you hamil? Serius? Tak sangka betul sayang. So made in Janda Baik la ni? Yes saya happy sangat.

Di ruangan komen, rata-rata pengikut tumpang bahagia dan mengucapkan tahniah kepada pasangan sama cantik sama padan ini.

Masha-Allah tahniah. Alhamdulillah..

Bunting pelamin terus. Rezeki.. Tahniah Faz dan Fizo. Jaga diri.

Moga dipermudahkan segala urusan untuk menjadi ibu. Jaga diri dan tahniah kepada anda berdua.

Alhamdulillah. Tahniah Faz dan Fizo. Moga dipermudahkan urusan seterusnya.

Selain video, bekas pramugari itu turut memuat naik foto tangannya memegang ‘baby bump’ yang sudah membesar menerusi entri berbeza.

Terdahulu, Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.

Fizo pernah bernikah dengan usahawan Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Sumber: Instagram @ffezyranesry



The following two tabs change content below.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.