Entertainment

(VIDEO) “Dah Macam Yuran Tadika..” – Wanita Kongsi Duit Belanja Sekolah Anak RM500 Sebulan Buat Netizen Terkejut


Satu perkongsian media sosial di TikTok baru-baru ini telah menarik perhatian netizen apabila seorang kanak-kanak perempuan didakwa telah diberikan wang saku sebanyak RM500 sebulan.

Dalam video yang dimuat naik oleh @puteri.trader itu, kanak-kanak itu dilihat telah membelanjakan sebanyak RM6 daripada jumlah RM500 baki duit belanjanya berdasarkan apa yang terpapar di skrin.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah nilai wang yang diberikan ibu bapa kanak-kanak tersebut yang dianggap begitu banyak, sudah seperti perbelanjaan yuran tadika kanak-kanak pula.

Berikutan tularnya video tersebut, ramai netizen meluahkan rasa terkejut dan memuji ibu bapa kanak-kanak perempuan terbabit yang sanggup mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk anak kesayangan.

Ada rezeki lebih memang wajib bagi pendidikan yang terbaik untuk anak. Jika tiada berikan yang mana termampu, jangan sedih.

Ada juga yang mengatakan bahawa itu semua rezeki masing-masing asalkan kebajikan anak tidak terabai dan dinafikan hak mereka.

cctv hala rumah jiran


13 jam lalu

(VIDEO) “Apsal Hala Rumah Aku?” – Lelaki Mengamuk Dekat Jiran Sebelah Gara-Gara CCTV ‘Pandang’ Rumahnya





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.