Entertainment

(VIDEO) Baby Shima Kena Tolak Waktu ‘Syok’ Bergelek Dengan Tetamu Di Majlis Kahwin


Menerusi video dimuat naik di TikTok, penyanyi Baby Shima mendedahkan dia telah ditolak ketika membuat persembahan di sebuah majlis perkahwinan.

Berdasarkan rakaman itu, Baby Shima yang menggayakan gaun putih sedang menyanyikan sebuah lagu dangdut ketika majlis berlangsung.

Bagaimanapun, sedang dia rancak bergelek dengan salah seorang tetamu lelaki di atas pentas, seorang wanita yang turut berada di situ tiba-tiba menolaknya.

Penyanyi berusia 29 tahun itu kemudian dilihat seperti ‘give up’ dengan tindakan wanita berkenaan namun tetap meneruskan nyanyian sambil duduk di hujung pelamin.

Netizen yang menonton video tersebut membuat andaian bahawa mungkin tetamu wanita yang menolaknya itu berasa kurang selesa melihat aksi Baby Shima.

Menerusi ruangan komen, Baby Shima menjelaskan bahawa lelaki yang bersamanya di atas pentas itu sebenarnya adalah sepupu kepada tetamu wanita berkenaan.

Baby Shima bertatu


2 minggu lalu

Siap ‘Tanduk Merah’, Tindakan Baby Shima Bertatu Undang Kecaman Netizen





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.