Politics

United benam Leeds


LONDON: Manchester United mengukuhkan cengkaman di kedudukan keempat Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menundukkan Leeds 4-2 di Stadium Elland Road, sebentar tadi.

United berada di depan pada minit ke-34 hasil jaringan Harry Maguire sebelum Bruno Fernandes meledak gol kedua pada masa kecederaan babak pertama.

Leeds bagaimanapun mencipta kejutan pada awal babak kedua apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi dua jaringan pantas daripada Rodrigo dan Raphinha minit ke-53 dan 54.

Namun, pemain tengah, Fred meredakan tekanan buat United apabila kembali meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-70 selepas menyudahkan hantaran Jadon Sancho.

Ketika permainan berbaki seminit, Anthony Elanga mengesahkan kemenangan buat United apabila meledak gol keempat hasil umpanan Fernandes.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Ralf Rangnick kini mengumpul 46 mata selepas mengharungi 26 perlawanan musim ini, namun ketinggalan 17 mata daripada pendahulu, Manchester City. – AGENSI

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.