Politics

Tuchel mahu Chelsea terus bertahan


LONDON: Thomas Tuchel mengakui Chelsea bertarung untuk “terus bertahan” ketika juara bertahan Liga Juara-Juara itu bersedia menghadapi Lille pada kelompok 16 terakhir awal pagi Rabu ini.

Skuad kendalian Tuchel menang lima perlawanan terakhir membabitkan semua kejohanan tetapi pengendali dari Jerman itu masih belum gembira selepas kemenangan 1-0 mengatasi Crystal Palace.

Tempoh bulan madu pastinya sudah berakhir buat Tuchel apabila dia akan melalui penamat musim pertamanya sebagai bos Chelsea.

Dalam hanya lima bulan dia mengambil alih tugas, Tuchel membawa Chelsea meraih gelaran Liga Juara-Juara dan ke final Piala FA selain kedudukan empat teratas Liga Perdana.

Tuchel mendedahkan selepas pertemuan dengan Palace bahawa enam pemainnya mengalami demam ketika penerbangan pulang dari Abu Dhabi selepas Chelsea meraih Piala Dunia Kelab.

Di sebalik laporan ada rasa tidak puas hati apabila bintang ‘senior’ seperti Cesar Azpilicueta dan Antonio Rudiger masih belum diberikan lanjutan kontrak, Tuchel masih mencari formula kemenangan.

“Kami cuba bertahan pada ketika ini dan anda boleh melihatnya. Ada banyak tekanan jika anda ke Piala Dunia Kelab dan mahu memenanginya buat Chelsea,” katanya.

“Pemain memberikan banyak tekanan buat diri sendiri dan kami tidak bermain dalam Liga Perdana selama empat minggu.”

Dua jadual aksi minggu ini akan menjadi petunjuk kepada moral pemain Chelsea.

Jika mereka menang aksi di Eropah menentang Lille di Stamford Bridge, kemudian menewaskan Liverpool pada final Piala Liga di Wembley Ahad nanti, moral Chelsea pasti meningkat. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.