Politics

Tip penggunaan HUAWEI nova 9 SE dengan AppGallery


BERADA dalam pasaran Malaysia sejak Mac 2022, HUAWEI nova 9 SE mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna di Malaysia.

Walaupun menjadi rebutan, tidak dinafikan masih ramai yang belum mengetahui cara untuk menggunakan telefon pintar ini pada tahap optimum.

Tingkatkan semangat ‘nova’ dengan AppGallery

HUAWEI nova 9 SE menawarkan pengalaman fotografi terbaik dengan adanya kamera Kuad AI 108MP serba baharu selain dilengkapi paparan bezel 1.08mm dan fungsi SuperCharge 66W.

Pengguna juga dapat menikmati pelbagai aplikasi yang sentiasa berkembang menerusi AppGallery yang menjadi antara tiga pasaran aplikasi teratas di seluruh dunia.

Di Malaysia, ia turut berkembang pesat, sehingga 98 peratus daripada aplikasi yang paling kerap digunakan di negara ini tersedia untuk dimuat turun dalam AppGallery dan Petal Search.

Kini, AppGallery ingin meningkatkan lagi semangat ‘nova’ menerusi satu siri aplikasi untuk golongan muda sesuai dengan gaya hidup mereka yang sentiasa bertenaga dan terhubung.

Sunting video dengan mudah

HUAWEI nova 9 SE dilengkapi dengan ciri rakaman hadapan dan belakang berterusan yang membolehkan pengguna merakam dengan lancar dari perspektif berbeza.

Pengguna yang gemar ‘vlogging’ juga boleh berseronok dengan aplikasi penyuntingan video seperti CapCut, InShot, Piscart, PhotoEditor dan BeautyPlus untuk melengkapkan rakaman video.

Kongsi saat manis

Dengan kamera beresolusi 108MP, pengguna boleh merakam detik manis dan berkongsi momen tersebut di media sosial seperti Bigo Live, Snapchat dan TikTok selain kekal berhubung dengan rakan melalui aplikasi pemesejan LINE, WeChat, Telegram dan banyak lagi.

Pengalaman menonton yang mengasyikkan

Rasai pengalaman menonton terbaik pada HUAWEI nova 9 SE dengan skrin bezel berukuran hanya 1.05mm terutama ketika pengguna menonton filem dan drama bersiri daripada aplikasi seperti HUAWEI Video, Astro GO, iflix dan iQIYI.

Lebih cekap dengan aplikasi produktiviti

Dengan ciri SuperCharge 66W, HUAWEI nova 9 SE menawarkan pengecasan pantas dan cekap kepada pengguna dalam masa 36 minit sahaja.

Selain itu, terdapat pelbagai aplikasi bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti pengguna contohnya Microsoft Office Gspace dan WPS Office untuk menyelesaikan lebih banyak perkara dengan lebih cekap.

Membeli-belah di hujung jari

Pengguna juga boleh membeli apa sahaja yang diperlukan menerusi aplikasi beli-belah seperti Lazada, Shopee dan Taobao.

Lebih mudah apabila terdapat pelbagai aplikasi beli-belah khusus yang boleh didapati di AppGallery contohnya Zalora untuk barangan fesyen.

Teroka aplikasi kegemaran di AppGallery

Cari dan muat turun aplikasi kegemaran di AppGallery serta menikmati pelbagai hadiah eksklusif, rebat, kupon juga keistimewaan merentas pelbagai kategori termasuk permainan, sosial, pendidikan, beli-belah, gaya hidup dan fesyen.

Dengan kebanyakan aplikasi tersedia di AppGallery, ia memberikan pengguna akses mudah kepada aplikasi popular termasuk Shopee, Lazada, Touch ‘n Go eWallet, Grab SuperApp, Maybank2u dan TikTok

Peminat permainan mudah alih juga boleh mencuba pelbagai permainan popular termasuk Garena Free Fire dan Mobile Legend Bang Bang selain menjadi yang pertama untuk merasai permainan keluaran baharu serta menikmati promosi eksklusif permainan tersebut.

Tonton siri HUAWEI Customer Service musim kedua untuk lebih tip penggunaan AppGallery.

Terokai AppGallery dan muat turun pelbagai aplikasi kegemaran anda menerusi HUAWEI nova 9 SE dan HUAWEI Matepad 10.4.

Image

Dapatkan HUAWEI nova 9 SE menerusi HUAWEI Online Store atau HUAWEI Experience Store pada harga RM1,099 dan bawa pulang hadiah bernilai RM181*.

Untuk maklumat lanjut mengenai AppGallery, layari https://consumer.huawei.com/my/support/get-new-phone/.

*Sementara stok masih ada. Tertakluk Terma & Syarat.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.