Entertainment

“Terlalu Sampah, Filem Tiada Maruah”- Yusuf Azmi Mahu Jumpa ZhafVlog Isu Ulasan Filem Syahadan


Pengulas filem terkenal di media sosial, ZhafVlog baru-baru ini ada memberi ulasan mengenai filem terbaru berjudul Syahadan yang khabarnya dinilai sebagai ‘filem tanpa maruah, filem hina’ dan turut memberi rating sebanyak 3/5 berserta emoji ‘tahi’ sebagai tanda naskah tersebut agak teruk dan tidak patut ditonton.

Kritikan tersebut nampaknya telah menarik perhatian aktivis terkenal Yusuf Azmi yang melihat ulasan ‘kejam’ Zhaf itu sebagai menghina ilmu persilatan dan juga bangsa Melayu itu sendiri.

Sehubungan itu, Yusuf khabarnya ada mempelawa Zhaf untuk duduk semeja untuk dia lebih memahami mengapa sebab pengulas filem tersebut begitu ‘marahkan’ dunia persilatan dan juga kaum Melayu.

Yusuf menzahirkan perasaan tidak puas hatinya itu menerusi sebuah hantaran yang dikeluarkannya di saluran YouTube untuk tatapan pengikutnya di media sosial.

Video berdurasi selama hampir 40 minit itu juga menyaksikan Yusuf meluahkan rasa sedih kerana ramai yang menghina filem Syahadan adalah dalam kalangan orang Melayu itu sendiri.

Katanya lagi, setiap orang boleh memberi kritikan dan nasihat namun ada kaedah yang tertentu untuk melakukannya dan bukanlah atas sesuatu sebab yang tidak berasas.

Ujar Yusuf dalam video tersebut, dia mendakwa Zhaf sebenarnya tidak membeli tiket untuk menonton filem tersebut namun hanya membuta tuli memberi kritikan berbaur kecaman.

Dia juga meluahkan hasrat untuk ‘duduk semeja’ dengan Zhaf bagi tujuan bertaaruf.

Saya nak berjumpa, saya nak tahu di mana tempatnya. Boleh saya datang ziarah untuk saya nak ta’aaruf, saya nak berkenalan dengan beliau, saya nak tahu apa sebab dia buat macam ni. Bukan nak pergi pukul pun.

Walau bagaimanapun, kenyataan Yusuf Azmi itu dianggap kebanyakan netizen sebagai serangan peribadi dan bukanlah mengenai isu filem tersebut.

“Banyak kali juga menyokong usaha Yusuf Azmi sebelum ni. Dan saya juga banyak tak setuju dengan ZhafVlog sebab cara dia. Tapi apa ni bang. Tak rileknya. Dia komen tentang teknikal filem lah. Yang pergi melarat video serang personal tu dah kenapa? Soal personal melayu dan silat. Tibernya.”  komen seorang netizen.

Wang hantaran kahwin


1 jam lalu

“Lelaki Tak Nak Bagi Sebab Pemalas..” – Isu Hantaran Kahwin, Wajib Bagi Tinggi Atas Nama ‘Cinta’?





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.