Entertainment

“Takut Sangat Kereta Kotor!!”- Netizen Berang Sampah Dibuang Merata-Rata Di Lebuhraya CSR


Ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut sememangnya akan membuatkan lebuh raya di Malaysia sesak kerana ramai orang berpusu-pusu balik ke kampung halaman masing-masing.

Oleh itu, lebih banyak orang akan menghabiskan masa di lebuh raya lebih-lebih lagi yang mempunyai perjalanan jauh.

Namun begitu, perkara itu bukanlah sebab untuk segelintir pengguna lebuh raya merosakkan alam sekitar yang sepatutnya dijaga bersama-sama.

Itulah yang terjadi di Lebuhraya Central Spine Road (CSR) di mana beberapa keping gambar yang dikongsikan di Facebook oleh akaun Planet Malaya menunjukkan sesetengah sikap pengguna lebuhraya yang tidak bermoral membuang sampah merata-rata di sepanjang jalan.

Perkara itu, menunjukkan betapa ramai rakyat Malaysia yang kurang kesedaran tentang sivik dan tidak mempunyai perasaan malu apabila membuang sampah merata-rata.

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa berang dengan perbuatan berkenaan dan menganggap perkara itu tidak beradab dan memalukan.

Ada juga sesetengah netizen memberitahu bahawa perkara ini kerap kali berlaku dan berharap agar pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang bersifat pengotor dan kurang kesedaran sivik.

sekumpulan lelaki makan atas pad


1 bulan lalu

“Pengotornya!” – Makan Aiskrim Atas ‘Pad’, Sekumpulan Lelaki Bikin Netizen Loya





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.