Politics

Sindiket edar rokok seludup lebih RM1 juta tumpas



rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan sindiket pengedaran rokok tidak bercukai dengan menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis rokok bernilai lebih RM1 juta.

Komander Briged Tengah PGA Cheras Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, sepasukan pegawai dan anggota yang menerima maklumat menyerbu sebuah rumah di Taman Permai 3, Seremban, Negeri Sembilan.

“Dalam serbuan 4.45 pagi itu, seorang lelaki berusia 38 tahun dipercayai ahli sindiket pengedaran rokok tidak bercukai berjaya ditahan.

“Pasukan turut menemui 4,980 karton mengandungi 887,600 batang rokok pelbagai jenama di rumah berkenaan.

“Kita turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Vios dan telefon bimbit disyaki digunakan dalam menjalankan aktiviti pengedaran rokok tidak bercukai membabitkan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM1,114,374,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad berkata, siasatan mendapati sindiket berkenaan mengedar dan menjual rokok tidak bercukai di sekitar Seremban yang menjadikan kediaman di kawasan perumahan sebagai stor penyimpanan.

Katanya, sindiket itu dipercayai menjalankan aktiviti berkenaan sejak setahun lalu dan menjadikan warga asing yang bekerja di tapak pembinaan sebagai pelanggan sasaran.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.