Entertainment

Selamba Susukan Anak Depan Orang Ramai, Liza Hanim Nasihat Usahawan Kontroversi – ‘Jaga Kehormatan Sebagai Wanita Islam & Ibu’


Kini Trending

Baru-baru ini, kecoh di media sosial selepas seorang usahawan kontroversi bertindak selamba menyusukan anak tanpa menutup bahagian payudara di tempat awam.

Tindakan itu membuatkan penyanyi Liza Hanim terpanggil untuk berkongsi pandangan. Kata Liza, 42, dia menyokong inisiatif usahawan itu memberi susu badan kepada anak kecilnya.

Saya terpanggil untuk menyuarakan pendapat. Baru-baru ini ternampak gambar seorang usahawan menyusukan anak depan khalayak ramai dan ambil gambar.

Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak, saya sepenuhnya menyokong usahawan ini dalam breastfeeding journey (kisah penyusuan badannya).

Namun, apa yang perlu ditegur adalah kepentingan menjaga adab sebagai seorang wanita Muslim. Akui pemilik nama Haliza Hanim Abdul Halim, dia juga pernah menyusukan anak di tempat terbuka dan merakam foto namun masih terjaga akhlak.

Sebagai seorang saudara dalam Islam, saya juga mohon tolonglah jaga adab ketika menyusu di khalayak ramai.

Saya sendiri pernah susukan anak di mana-mana sahaja. Malah pernah satu ketika di tepi jalan di bandar Seoul, Korea dan saya juga merakamkan gambar. Tetapi ingatlah, kita harus menjaga adab. Aurat harus dijaga.

Dalam pada itu, pelantun lagu Gelisah Mimpi menekankan pandangan yang dikongsikan itu juga sebagai peringatan untuk diri sendiri supaya menjaga kehormatan sebagai ibu dan wanita Muslim.

Ini bukan masalah saya berhijab dan dia free hair (tidak bertudung). Cukuplah jaga kehormatan kita sebagai wanita Islam dan ibu.

Jagalah kehormatan kita sebagai wanita. Jaga agama kita Islam. Saya bersuara untuk mengingatkan diri sendiri juga.

Sumber: Instagram @lizahanim79



The following two tabs change content below.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.