Politics

Saya dan isteri sama-sama belajar – Yonnyboii



bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Penyanyi hip hop, Yonnyboii, 23, mengaku isterinya, Nik Nazira Narriman, 22, masih dalam proses belajar dan membiasakan diri berhijab.

Sehubungan itu, Yonnyboii berharap peminat tidak terkejut atau menyangka dia keluar dengan wanita lain andai terserempak dirinya berdua-duaan dengan wanita tidak bertudung.

“Isteri saya belum bertudung sepenuhnya. Kebiasaannya, apabila keluar berdua, dia lebih selesa tidak berhijab.

“Dia masih muda, jadi, saya tidak mahu memaksa. Pada masa sama, imej saya begini (merujuk kepada warna rambutnya). Jadi, kami sama-sama masih belajar memperbaiki diri.

“Namun, isteri tidak pernah kongsi imej tanpa tudung di laman sosial bagi mengelak salah faham,” katanya.

Yonnyboii berkata, dia sudah menasihati isteri agar sedia berdepan kecaman netizen sebaik sahaja isu berkenaan kecoh.

“Saya sudah tiga tahun dalam industri dan lali berdepan kritikan netizen. Berdasarkan pengalaman sendiri, saya sudah mengingatkan isteri supaya agar tidak terkejut apabila soal ini diketahui umum,” katanya.

Yonnyboii dan Nik Nazira yang berkenalan menerusi permainan atas talian bernikah pada 20 November tahun lalu selepas lebih sebulan mengikat tali pertunangan.

Sementara itu, pada majlis Anugerah Aplikasi Penstriman Muzik Joox di ibu negara, baru-baru ini, Yonnyboii yang tampil dengan imej rambut warna hijau memenangi kategori Top 5 Hit Lokal.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.