Entertainment

‘Saya Dah Rasa Azri Ada Hubungan Dengan Wanita Lain’ – Ellie Suriaty


Pelakon Azri Iskandar mengesahkan bakal kembali berumah tangga dengan seorang penulis skrip bernama Dr Azra Diera tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan: Sah Cerai Dengan Azri Iskandar, Ellie Suriaty Akui Satu Keputusan Sukar – ‘Terima Kasih Untuk Kenangan Manis’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tertarik Melihatnya, Dia Pun Suka Saya’ – Azri Iskandar Nak Percepatkan Majlis Kahwin

Nampak perubahan Azri

Meminta respon daripada pengarah dan pelakon Ellie Suriaty, dia tidak terkejut dengan berita itu. Tegas Ellie, 52, dia cukup mengenali Azri selama 19 tahun hidup bersama.

Saya tidak terkejut dan sudah boleh agak akan hal ini. Sebab itulah hati saya benar-benar bulat dan tekad untuk menarik diri daripada perkahwinan ini. Sebab saya dah rasa dia ada hubungan dengan wanita lain.

Dan, waktu saya failkan cerai, saya tak perlu tanya lagi untuk dapatkan apa-apa kepastian atau kesahihan. Sebab saya kenal dia sangat sebagai suami selama 19 tahun.

Selama tempoh itu, kita telah melalui segala susah senang bersama. Bila ada perubahan dalam rumah tangga, saya tahu hati dia ada pada orang lain dan bukannya dengan saya lagi.

Bukan baru kahwin setahun dua

Pemilik nama Ellie Suriaty Omar menyatakan naluri seorang isteri sangat kuat dan dia sudah dapat ‘menghidu’ hubungan Azri bersama wanita lain sebelum mereka membuat keputusan untuk berpisah.

Sebelum bercerai, saya telah ambil keputusan yang cukup lama untuk memikirkan baik dan buruknya.

Bahkan saya sudah memohon petunjuk daripada Allah SWT. Azri tidak tahu yang saya tahu apa dia lakukan di belakang saya.

Tapi, naluri seorang isteri itu sangat kuat. Kita sendiri dapat rasakan banyak perubahan yang sangat ketara. Lagipun kita bukan baru kahwin setahun dua.

Saya tak nafikan anda ramai perempuan di luar sana yang jauh lebih baik daripada saya. Tapi mereka bukan Ellie Suriaty yang sangat faham siapa Azri Iskandar.

Dalam pada itu, Pemenang Anugerah Pengarah Harapan di Festival Filem Malaysia Ke-26 menerusi filem Penanggal memilih untuk meneruskan kehidupan dengan memberi tumpuan terhadap kerjaya seni dan anak-anak.

Lebih baik saya teruskan kehidupan ini demi anak-anak dan tumpukan perhatian kepada kerjaya seni saya. Sebab hidup ini terlalu bermakna untuk kita serabutkan otak dengan hal-hal sebegini.

Untuk rekod, Azri bercerai dengan Ellie Suriati pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.

Sumber: Getaran



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.