Politics

Ramai pemimpin wanita dalam agensi kerajaan



mahani@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi memastikan wanita menerajui sekurang-kurangnya 30 peratus ahli lembaga pengarah dan jawatan lain dalam agensinya.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata perkara itu sudah dipraktikkan di kementerian itu sebelum gesaan dibuat kerajaan ketika membentangkan Bajet 2022.

“Kami amat mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh wanita dan mahu memastikan mereka diberi perwakilan yang adil.

“Wanita mempunyai potensi besar dan sangat berdedikasi serta sering melampaui jangkaan untuk memastikan kecemerlangan dalam kerjaya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 29 Oktober lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada pembentangan Bajet 2022 mengumumkan kerajaan akan mewajibkan semua syarikat tersenarai awam melantik sekurang-kurangnya seorang wanita ke dalam lembaga pengarahnya.

Katanya, perkara berkenaan akan dikuatkuasakan mulai 1 September 2022 untuk syarikat modal besar, sementara syarikat tersenarai lain bermula 1 Jun 2023.

Katanya, sumbangan wanita dalam ekonomi tidak pernah dinafikan malah perlu diperkasa.

Dalam pada itu, Zuraida berkata, kementeriannya juga sedang berusaha menawarkan peluang yang lebih besar kepada belia untuk memegang jawatan penting.

Katanya, wanita yang memegang jawatan pembuat keputusan dalam agensi kerajaan di negara ini kini berada pada kira-kira 38 peratus.

Beliau berkata, antara wanita yang dilantik sebagai ahli lembaga pengarah di agensi kementerian itu ialah Datuk Zunaidah Idris (Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia, Datuk Dr Hafsah Hashim (Lembaga Getah Malaysia) dan Datuk Hazimah Zainudin (Lembaga Minyak Sawit Malaysia).

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.