Entertainment

“Perlu Ke Mention Harga?” – Beli Beg Gucci RM8K Untuk Staff, DS Vida Dikecam Netizen


Usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida sentiasa mencuri tumpuan netizen apabila dia sering memuat naik aktiviti hariannya bersama anak-anak dan juga pekerjanya di Instagram.

Terbaru, DS Vida difahamkan ada memberi hadiah sempena hari lahir buat pekerjanya yang dipercayai staf media berupa sebuah beg tangan mewah.

Namun, apa yang menarik perhatiannya adalah apabila dia ada menyebut harga beg tangan mewah berjenama Gucci itu yang didakwa bernilai lebih kurang RM8,000 sebuah.

Selamat Hari Lahir kepada Staf Media saya @aniqhsr bersama saya hampir 4 tahun, ikut saya kemana-mana. Saya hadiahkan beg Gucci RM8,000.

Menjengah ke ruangan komen, ramai nampaknya yang tidak senang dan mempertikaikan keperluan DS Vida menyebut nilai beg tangan berkenaan.

Kata netizen, tidak perlu menyebut harga beg tangan tersebut jika ingin memberi barang tersebut sebagai hadiah dan ganjaran kepada orang lain.

Kata netizen, boleh jatuh riak? Betul ke?

DSV puji suara Iqbal


2 minggu lalu

“Suara Iqbal Memang Sedap Kalau Anda Dengar Dari ‘Hall’ Tu” – DS Vida





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.