Entertainment

Memandu Secara Melulu & Laju, Pemandu Penyebab Kemalangan Di ‘New Zealand Malaysia’ Didakwa


Seorang pegawai penyelidik didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang basikal warga emas di Jalan ‘New Zealand Malaysia’, 1 Jun lalu.

Artikel Berkaitan: Warga Emas Berbasikal Di Lokasi Terkenal Jalan ‘New Zealand Malaysia’ Maut Dilanggar Kereta

Mengaku tidak bersalah

Mengikut pertuduhan, tertuduh, Munirah Stapah@Salleh, 26 tahun yang memandu kereta Perodua Axia didapati telah memandu secara melulu atau dengan kelajuan serta mengambil kira keadaan lalu lintas adalah merbahaya kepada orang awam.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Temiang-Pantai, Seremban atau lebih dikenali sebagai Jalan ‘New Zealand Malaysia’, pada pukul 8.25 pagi, 1 Jun lalu, dan menyebabkan kematian Khalid Mohd. Isa, 72 tahun.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret, Intan Syafinaz Roslin.

Pada prosiding kes, Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan, M. Shanmugavel meminta mahkamah menetapkan jaminan RM5,000 dan menggantung lesen memandu tertuduh sehingga kes selesai.

Munirah yang tidak diwakili peguam kemudian merayu supaya jaminan dikurangkan atas alasan suaminya bekerja di negeri lain serta dia masih menyusukan seorang anak kecil.

Terdahulu, seorang lelaki warga emas dilaporkan maut selepas basikal yang ditungganginya dilanggar sebuah kereta Perodua Axia. Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sumber: Kosmo!



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.