Entertainment

Manis Tutup Aurat, Peminat Doakan Uqasha Senrose Kembali Bertudung


Kini Trending

Umum tahu, pasangan selebriti Uqasha Senrose dan Kamal Adli sedang menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah sebagai tanda kesyukuran selepas doa jodoh mereka dimakbulkan oleh Allah.

Artikel Berkaitan: ‘Maafkan Kesalahan Kami Berdua’ – Kamal Adli & Uqasha Senrose Berangkat Tunai Umrah, Bawa Doa Untuk Mangsa Banjir 

Artikel Berkaitan: ‘Pergi Ke Mekah Nak Beribadat Bukan Untuk ‘Main’! – Uqasha Senrose

Menerusi hantaran di Instagram, Kamal dan Uqasha berkongsi foto-foto momen ketika mereka berada di Madinah.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen juga dilihat menzahirkan rasa syukur kepada Allah kerana berpeluang datang ke tanah suci bersama suami tercinta.

Alhamdulillah Allah bagi lagi rasa sampai ke sini tapi kali ini dengan cik suami. Allahuakhbar alhamdulillah.

Selain itu, di ruangan komen rata-rata peminat suka melihat penampilan Uqasha, 29, yang menutup aurat dengan sempurna.

Menerusi hantaran tersebut, wargamaya turut mengambil kesempatan mendoakan agar pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini kembali berhijab.

@pscaliphdhia: Alhamdulillah. Semoga diberi hidayah untuk berhijab balik Malaysia nanti. Uqasha cantik sangat bila berhijab.

@aminasri_10: Alhamdulillah, moga istiqamah bertudung dan menutup aurat.

@asyiqin_nora: Allahu.. sejuk mata memandang. Semoga terus istiqamah.

@cardigan_stylista: Love sangat, kita doakan Uqasha kembali berhijab sebab memang cantik sangat-sangat.

@hana_norman6153: Balik dari umrah nanti terus pakai tudung ya.

Pada tahun 2016, Uqasha mengumumkan dia tidak lagi mengenakan hijab selepas tiga tahun bertudung dan tindakannya itu telah mengundang kecaman ramai orang.

Terdahulu, pasangan sehati sejiwa ini mendedahkan mereka sudah berkahwin pada 5 November lalu di sebuah lokasi persendirian di Janda Baik, Pahang.

Sumber: Instagram @kamaladli, @uqashasenrose2



The following two tabs change content below.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.