Politics

Mangsa banjir di Pahang menurun



bhnews@bh.com.my

KUANTAN: Seramai 12,005 mangsa banjir daripada 3,789 keluarga masih berada di 89 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam daerah di negeri ini sehingga 8 pagi, hari ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman, berkata jumlah itu menunjukkan penurunan, berbanding semalam yang merekodkan seramai 16,579 orang daripada 5,073 keluarga yang ditempatkan di 119 PPS.

Katanya, enam daerah terbabit ialah Bentong, Temerloh, Bera, Pekan, Kuantan dan Maran.

“Sebanyak sembilan jalan ditutup membabitkan lapan daerah di negeri ini iaitu Jalan Kuantan-Segamat, Pekan; Jalan Southern Loop, Bentong dan Jalan Kuala Lipis- Jerantut, Jerantut.

“Jalan lain yang turut ditutup ialah Jalan Kuala Lumpur– Kuantan, Maran; Jalan Ulu Dong, Raub; Jalan Temerloh–Jerantut dan Jalan Paya Luas – Perlok di Temerloh; Jalan Sungai Lembing, Kuantan dan Jalan Bentong- Gua Musang, Lipis,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 20 kes kematian akibat banjir direkodkan di Pahang setakat ini iaitu 11 di Bentong, Temerloh (empat), masing-masing dua di Kuantan dan Raub serta satu lagi di Pekan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.