Politics

Letupan saluran paip minyak di Lugansk


Kyiv: Saluran paip minyak antarabangsa melalui bandar utama yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine meletup pada Jumaat.

Menurut agensi berita tempatan, RIA Novosti Rusia, letupan berkenaan menggegarkan saluran paip Druzhba di bandar dikuasai pemisah yang disokong Rusia di Lugansk.

Punca insiden itu masih tidak jelas namun ia berlaku ketika kebimbangan meningkat bahawa Rusia sedang bersiap sedia untuk menyerang Ukraine.

Saluran paip Druzhba melalui Rusia ke pelbagai tempat di timur dan tengah Eropah.

Imej tular di laman sosial menunjukkan bola api oren terang menerangi langit malam.

Media tempatan turut melaporkan letupan kedua di Lugansk berlaku kurang sejam selepas letupan yang kelihatan mengenai saluran paip.

Puncanya juga tidak jelas namun akaun media sosial yang mengaitkan pemisah Lugansk memaklumkan letupan kedua membabitkan sebuah stesen minyak di pinggir bandar itu.

Tiada laporan mengenai mangsa akibat kedua-dua letupan itu.

Wilayah sekitar bandar Lugansk menyaksikan beberapa pertempuran paling hebat sejak awal tahun, dalam tempoh dua hari lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.