Entertainment

Lain Dari Yang Lain! Ini Tradisi Unik Negara Luar Sambut Hari Raya Aidilfitri


Beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan selalunya kita dapat lihat di Malaysia tradisi yang selalu dilakukan adalah balik kampung, memakai baju raya, membuat lemang serta lauk pauk raya, memberi duit raya dan pelbagai lagi.

Namun, pasti anda semua tertanya-tanya bagaimana negara lain membuat sambutan perayaan Aidilfitri bukan? Kalau anda nak tahu, cara beberapa negara lain menyambut perayaan ini sememangnya agak berbeza dengan negara kita.

Tetapi, tujuannya tetap sama iaitu bagi meraikan kemenangan dan berkongsi kebahagiaan.

1. Perang ketupat.

sambutan hari raya negara luar

Kebiasaannya tradisi ini sering terlihat berlaku di Bali, Indonesia dan ia di panggil sebagai Perang Topat yang akan diraikan oleh umat Islam di Lombok. Selalunya sambutan ini akan dilakukan ketika 7 Syawal atau hari akhir pada minggu pertama Syawal.

Biarpun dipanggil sebagai ‘perang’, namun anda semua jangan salah sangka kerana ia bukan seperti yang disangkakan kerana mereka membaling ketupat pada satu sama lain atas sebab ingin menunjukkan simbolik perpaduan antara dua kaum iaitu umat Islam dan Hindu.

2. Telur warna-warni.

sambutan hari raya negara luar

Tradisi telur warna-warni ini atau dipanggil sebagai Tokhm-Jangi pula berlaku di negara Afghanistan, ia seumpama melibatkan ‘perang’ makanan juga yang dilakukan ketika Hari Raya Aidilfitri.

Di negara sana, ‘peperangan’ ini melibatkan telur yang sudah direbus dan selalunya, ia disertai oleh kaum lelaki sahaja. 200 telur akan direbus oleh setiap keluarga, lalu diwarnakan dengan pelbagai warna. Telur yang sudah diwarna akan dilemparkan pada satu sama lain, sesiapa yang masih ada telur hingga ke akhir perlawanan di anggap sebagai pemenang.

3. Inai di tangan dan kaki.

sambutan hari raya negara luar

Dalam pada itu, di India pula, sambutan Aidilfitri atau dikenali sebagai Chaand Raat yang juga bermaksud ‘malam anak bulan’ selalunya disambut ketika pada malam raya.

Difahamkan, umat Islam akan berkumpul secara beramai-ramai di kawasan lapang bagi melihat anak bulan dan aktiviti yang akan dilakukan oleh mereka ketika itu adalah memakai inai di tangan, kaki ataupun kedua-duanya sekali. Selain itu, mereka juga akan bertukar buah tangan dalam pelbagai bentuk seperti duit atau manisan.

4. Trick or treat!

sambutan hari raya negara luar

Di negara Turki, ia seakan-akan sama seperti trick or treat yang dilakukan ketika Halloween, dimana kanak-kanak akan datang di setiap rumah kejiranan mereka untuk menerima manisan tradisional, namun di sana ia di panggil sebagai Seker Bayrami.

Sambutan ini kebiasaannya dilakukan ketika akhir-akhir Ramadan, dimana kanak-kanak akan mengunjungi warga emas semasa menyambutnya. Sebagai tanda hormat, kanak-kanak yang mahukan manisan, perlu bersalaman dengan orang yang lebih tua terlebih dahulu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.


2 hari lalu

“Tujuan Video Ni Pasal Nak Memondan” – Aliff Syukri Mahu Saman Damian Mikhail RM1 Juta Sebab Status Ini?





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.