Entertainment

Kolaborasi Mart Expo & Free Malaysia Today Membawa Karya Seni Di Malaysia Melalui NFT!


Free Malaysia Today (FMT) merupakan salah satu portal berita utama negara yang tidak lagi asing di Malaysia telah mengumumkan kolaborasi bersama Mart Expo Globe Sdn Bhd.

Kerjasama ini bertujuan untuk memartabatkan hasil karya seni tempatan melalui Non-Fungible Tokens (NFT). Sebahagian besar karya seni artis tempatan yang bakal menerima pendedahan secara meluas di peringkat antarabangsa.

Lebih 500 lukisan yang dipamerkan antaranya kaligrafi dan pelbagai bentuk seni karya lain dalam bentuk fizikal atau online kepada pengunjung dari dalam dan luar negara.

Dato Seri Nancy Shukri melancarkan majlis FMT Accelator

Majlis dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri yang turut diiringi oleh ketua setiausaha baharu kementerian itu, Dato Saraya Arbi.

Turut serta duta dan diplomat dari Argentina, Azerbaijan, Belgium, Croatia, Cuba, Belanda, Namibia, Senegal, Kuwait, Iran, Ghana dan Tajikistan. Acara ini turut menyaksikan pelancaran program FMT Accelerator yang bertujuan untuk melabur dalam syarikat pemula dan artis di rantau ini yang mempunyai potensi besar.

FMT Accelerator buka ruang untuk bantu penggiat seni

Kredit: Free Malaysia Today

Pengasas Mart Expo, Mohsen Golshiri menggambarkan FMT Accelerator membuka ruang untuk membantu penggiat industri seni dan negara .

“Artis memainkan peranan penting dalam masyarakat dan disebabkan itu, kaedah terbaik untuk mengukur kejayaan sesebuah tamadun adalah dengan melihat layanan terhadap mereka.

“Di Mart Expo, kami mengenal pasti dan mempromosikan artis terpilih daripada pelbagai latar belakang serta budaya. Kami komited menjadikan seni boleh diakses oleh semua menerusi pembabitan ribuan artis di platform kami dengan pelbagai jenis karya seni dan pilihan harga,” katanya.

Teknologi baru menggalakkan potensi industri seni

Sementara itu, Dato Sri Nancy memberikan komen positif terhadap inisiatif ini sebagai salah satu cara mempromosikan pelancongan melalui hasil karya seni dan menjadi platform alternatif yang boleh dimanfaatkan oleh artis tempatan.

“Kementerian mengalu-alukan inisiatif untuk mempromosikan pelancongan menerusi seni bagi mengembangkannya dengan lebih besar sehingga ke tahap global sebagai pasaran eksport.

“Kementerian juga berminat untuk melihat bagaimana teknologi baharu seperti NFT boleh digunakan untuk membuka kunci potensi industri seni,” katanya.

NFT memberikan impak positif kepada artis di seluruh dunia!

 

Kredit: Free Malaysia Today

Pengarah Urusan FMT Azeem Abu Bakar melahirkan rasa rasa teruja dengan prospek yang ada dengan Mart Expo dan artis di seluruh dunia melalui usaha ini, yang juga akan membolehkan artis mencipta karya mereka dalam bentuk NFT.

Beliau berkata, kerjasama ini memberikan peluang kepada artis untuk melibatkan diri dalam pasaran yang tidak dapat dicapai sehingga kini dan merintis penciptaan projek NFT adalah sesuatu yang selalu ingin dilakukan syarikat itu!

“FMT sebagai sebuah perniagaan berlandaskan web mengiktiraf integrasi berterusan teknologi, terutama kemunculan NFT berasaskan seni.

“Sebagai sebuah portal berita bahasa Inggeris terbesar di Malaysia, kami komited membawa nilai tambah kepada komuniti yang menakjubkan ini.
“Kami sedar, banyak pasaran berkaitan teknologi sedang mengalami sedikit ketidaktentuan pada masa ini, dan kami yakin dengan teknologi dan NFT, ia akan terus menawarkan impak positif kepada artis di seluruh dunia,” katanya.

Untuk kali ini FMT dan Mart Expo menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai mereka dalam pengembaraan menarik ini dengan merebut peluang meluangkan masa dengan berjumpa artis dan menghayati karya seni mereka serta mempelajari lebih lanjut mengenai dunia seni dan NFT!

Korang boleh layari Instagram Mart Expo Globe dan berikan komen korang pada siaran ‘Kempen Seni & Masyarakat’ untuk berhubung dengan artis dan peminat seni dari seluruh negara.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program FMT Accelerator, layari Free Malaysia Today Accelelator.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.