Politics

Kejohanan ubati kerinduan pelumba, peminat



sukan@hmetro.com.my

Melaka: Majlis Olimpik Malaysia mengucapkan tahniah kepada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) kerana berjaya menganjurkan Kejohanan Kebangsaan Berbasikal Malaysia di Melaka ketika pasca Covid-19.

Naib Presiden MOM, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pelumba malah peminat amat merindui kejohanan terbabit selepas melalui saat getir suka duka Covid-19.

Malah apa yang penting kejohanan terbabit medan untuk pemilihan atlet ke Sukan Sea 2022 terutama cabaran yang hadir daripada atlet muda berwibawa.

Menurutnya, pengumpulan mata juga amat penting dalam kejohanan berkenaan sebagai memenuhi misi Badan Berbasikal Dunia (UCI) terutama kepada pelumba-pelumba negara.

Dalam pada itu beliau juga menyarankan lebih banyak badan swasta tampil menyumbang bantuan terutama basikal canggih termasuk kepada Persatuan Berbasikal Melaka dalam usaha berterusan melahirkan atlet berbakat.

“Ia baik untuk perkembangan atlet Sukan Malaysia (SUKMA) negeri berkenaan selain sebagai pentas pembentukan atlet muda negara. Saya yakin menerusi konsep sedemikian bakal membantu persatuan untuk bergerak aktif dalam membina atlet terbaik negeri dan kebangsaan,” katanya.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada PKBM dan menyempurnakan pelepasan pelumba dalam acara junior lelaki hari ini.

Sementara itu, dalam acara wanita junior Ujian Masa Perseorangan (ITT), pelumba Kuala Lumpur Zhen Yi Yeong muncul juara, diikuti Ci Hui Nyo Perak A (kedua) dan Khairunnisa Aleeya Saifulnizam (Johor A) ketiga.

Dalam acara ITT junior lelaki, atlet Terengganu A Zhe Yie Kee unggul menjuarai saingan, kedua milik Muhammad Iqmal Mohd Zarawi (Kuala Lumpur) dan Muhammad Amin Ashraff Azizan (Johor A) ketiga.

Pelumba Johor Bahru Ironwan, Mohd Razif Mohd Salleh pula juara muncul ITT veteran, tempat kedua serta ketiga pula milik atlet PDRM, Norhasmat Abdul Aziz dan Isma Rizuan Mohamad Esa.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.