Politics

Kajang United BC rangkul kejuaraan sulung



mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Saingan AEON Credit Purple League Junior 2021/2022 (ACPLJ) melabuhkan tirainya dengan dramatik apabila pasukan Kajang United BC muncul juara selepas menewaskan Ayer Itam BC dengan meraih mata sebanyak 176 berbalas 122 pada perlawanan akhir, semalam.

Aksi yang berlangsung di House of Champions, Gem In Mall itu menyaksikan pasangan beregu campuran Kajang United BC tidak perlu bermandi peluh apabila lawan mereka menarik diri di saat-saat akhir sekaligus memberi kemenangan percuma 3-0 (11-0, 11-0, 11-0).

Ayer Itam BC bagaimanapun cuba bangkit pada perlawanan kedua menerusi taruhan perseorangan lelaki mereka, Tan Wei Liang yang menewaskan Amirul Imran dengan straight set 11-10, 11-10 dan 11-6 menjadikan kedudukan tiga sama.

Situasi seakan berpihak kepada Ayer Itam BC pada perlawanan ketiga apabila perseorangan wanita mereka, Oo Shan Zi mencatat kemenangan 3-1 (6-11, 11-9, 11-6, 11-10) ke atas Lee Yu Shan serta kemenangan sensasi Chong Jenson-Ooi Yi Hern ke atas pasangan beregu lelaki, Kajang United BC, Goh Yi Qin-Wong Zhi Kang 3-2 (7-11, 10-11, 11-10, 11-8, 11-8).

Bagaimanapun, nasib memihak kepada Kajang United BC apabila mereka sekali lagi diberi kemenangan percuma 3-0 selepas Ayer Itam BC mengambil keputusan untuk menarik diri.

Ketua jurulatih Kajang United, Fung Seng berkata, beliau berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh anak buahnya.

“Kami melakukan persiapan sejak tahun lalu meskipun diselubungi dengan pandemik. Pemain bekerja keras dan menunjukkan keinginan serta semangat yang tinggi untuk menang,” katanya.

Sementara itu, Perling BC pula melakar kejayaan muncul juara kategori bawah-15 tahun. Ia susulan daripada kemenangan mereka ke atas Butterworth BC.

Kajang United BC membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 manakala Perling BC yang mengungguli kategori bawah 15 tahun meraih RM5,000. Sementara naib juara kedua-dua kategori berpuas hati dengan wang tunai berjumlah RM5,000 dan RM2,500.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.