Politics

Ibu buang bayi di ladang sawit dicari polis



zatuliffah@hmetro.com.my

Permaisuri: Polis mencari ibu kepada bayi perempuan yang ditinggalkan di sebuah pondok berhampiran ladang sawit di Kampung Tayor Sungai Tong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, pihaknya juga memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung penemuan bayi perempuan seberat tiga kilogram itu.

Beliau berkata, bayi yang ditemui dalam keadaan masih bertali pusat itu berada dalam keadaan stabil di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk pemantauan lanjut.

“Kita juga sudah maklumkan penemuan bayi itu kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

“Pada masa sama, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta menyalurkan kepada polis bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan keseksaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan bayi perempuan seberat tiga kilogram ditemukan di pondok berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Tayor Sungai Tong di sini.

Bayi yang dipercayai baharu dilahirkan dan masih bertali pusat ditemukan penduduk kampung yang kebetulan melalui jalan berkenaan jam 12.20 tengah malam.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.