Politics

Hanya 1 sen sebulan untuk nikmati pelbagai ganjaran hebat


GRAB Malaysia baru-baru ini memperkenalkan GrabUnlimited, pakej yang menawarkan penjimatan menakjubkan untuk pengguna.

Sejak dilaksanakan di beberapa bandar dengan harga pengenalan 99 sen sebulan dan RM7.90 untuk bulan seterusnya, langganan GrabUnlimited terus dilihat semakin meningkat.

Kini, pelan langganan GrabUnlimited ditawarkan pada harga pengenalan hanya 1 sen untuk pengguna baharu dan RM4.90 bulan berikutnya dengan menjanjikan potensi penjimatan yang sama melebihi RM300 setiap bulan.

Lebih menarik, setiap pesanan yang dibuat dapat menjana dua aliran pendapatan untuk rakan kongsi penghantaran, pedagang di samping memastikan penghantaran makanan, perkhidmatan dan platform kekal berpatutan, mudah serta bermanfaat untuk pengguna.

Tawar lebih nilai

Antara faedah ditawarkan untuk pengguna GrabUnlimited adalah memperoleh lebih banyak mata GrabRewards serta lebih nilai sehingga 1.5 peratus di mana-mana sahaja ketika berbelanja dengan GrabPay dan PayLater.

Sebagai contoh, pengguna GrabUnlimited akan mendapat ganjaran lebih (dalam mata GrabRewards) ketika membuat pesanan tanpa had pada jumlah GrabRewards yang mereka layak.

Dengan GrabRewards, ahli dapat menebus baucar dengan diskaun eksklusif serta mendapat pulangan nilai tambahan.

Malah, pengguna GrabUnlimited dapat menikmati harga yang lebih diskaun dalam katalog GrabRewards.

Sebagai contoh, 750 mata GrabRewards biasanya memberi mereka baucar RM5.

Walau bagaimanapun, untuk pengguna GrabUnlimited, mereka hanya perlukan 500 mata GrabRewards untuk menebus baucar yang sama.

Perkhidmatan Grab yang terbaik

Selain itu, pengguna GrabUnlimited juga dapat menikmati kadar diskaun RM2.50 untuk ciri Penghantaran Premium di GrabFood yang kebiasaannya RM3.50 serta menerima baucar jika makanan tidak dihantar dalam masa 30 minit. 

Lebih menarik, pengguna GrabUnlimited dijamin akan memperoleh penunggang dan pemandu yang mendapat penilaian tertinggi ketika membuat pesanan makanan, penghantaran barangan runcit atau mendapatkan perjalanan Grab.

Ini bermakna setiap penghantaran akan tepat pada masanya dan pengguna GrabUnlimited akan mendapat perkhidmatan yang berkualiti, setiap masa.

Diskaun tawaran hebat dengan GrabUnlimited

Dengan hanya 1 sen langganan GrabUnlimited, pengguna boleh nikmati pelbagai ganjaran, faedah serta diskaun, Promosi Bulanan Eksklusif yang berbeza setiap bulan, dan Baucar Langganan pelan biasa setiap bulan.

Secara khususnya, ahli boleh menikmati dua diskaun pada masa yang sama, sekali gus meningkatkan penjimatan setiap pesanan mereka.

Untuk bulan Jun, pengguna GrabUnlimited akan menerima diskaun GrabFood sehingga 50 peratus dan diskaun tambahan 38 peratus, serta penghantaran percuma.

Ingin nikmati kesemua ganjaran dan faedah hebat ini? Langgan GrabUnlimited hari ini dengan hanya 1 sen untuk bulan pertama dan nikmati lebih banyak penjimatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.