Entertainment

‘Hak Wanita Kini Bergerak Ke Belakang’ – Amber Heard Sindir Johnny Depp Buka Akaun TikTok?


Susulan kemunculan sulung Johnny Depp di laman TikTok menerima sambutan yang cukup hangat, bekas isteri, Amber Heard tampil dengan respon berbaur sindiran.

Artikel Berkaitan: Kemunculan Sulung Di TikTok, Johnny Depp Raih 7 Juta Pengikut & 11 Juta Tontonan Dalam 14 Jam

Tuduh Johnny tolak hak wanita

Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam, Jurucakap Amber menyampaikan mesej yang menyindir kenyataan ‘bergerak ke hadapan’ dalam kapsyen kemunculan sulung Johnny di laman TikTok.

Seperti yang dikatakan Johnny, dia akan bergerak ke hadapan. Tetapi, hak wanita kini bergerak ke belakang.

Keputusan mahkamah tempoh hari menghantar mesej kepada mangsa keganasan rumah tangga untuk takut.. dan jangan bersuara.

Terdahulu, Johnny membuat kemunculan di laman itu dengan sebuah video yang berjaya meraih 7 juta pengikut, serta lebih 11 juta tontonan dalam masa 14 jam.

Hantaran tersebut adalah kompilasi klip-klip Johnny melambai kepada para peminatnya, bermain gitar di atas pentas, dan menulis menggunakan ‘typewriter’. Kapsyen pada hantaran sulung itu didedikasikan buat penyokongnya yang setia.

Sumber: Page Six



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.