Entertainment

“Habislah Kena Kecam” – Netizen Terkejut Tengok Yuna Berpelukan Mesra Dengan Afgan Di New York


Ketika ini, New York Fashion Week (NYFW) sedang berlangsung di New York sejak 9 September lalu sehingga 14 September akan datang.

Selain selebriti antarabangsa, artis tempatan dan dari negara seberang turut tidak melepaskan peluang untuk menghadiri acara tahunan berprestij berkenaan.

Bagaimanapun, aksi penyanyi Yuna yang menetap di Los Angeles mencuri tumpuan warganet di media sosial selepas dia dilihat berpelukan mesra dengan artis Indonesia, Afgan.

Menerusi Instagram story pelantun lagu Terima Kasih Cinta itu, Yuna dilihat berjalan ke arahnya sambil tersenyum sebelum mereka menyapa dan berpelukan.

 

Kedua-dua mereka menghadiri pertunjukan fesyen tersebut dan sempat berjumpa dahulu sebelum tiba di lokasi acara diadakan.

Tindakan Yuna itu menerima kritikan beberapa netizen di aplikasi Twitter yang berkata apa dilakukan oleh biras Bunga Citra Lestari itu tidak elok.

Kata seorang individu, sebagai public figure dan sudah mempunyai suami dia sepatutnya menjaga batasnya sebagai isteri.

Afgan juga turut menunjukkan momen ketika dia bertemu dengan penyanyi rap negara, Joe Flizzow di lokasi yang sama dan mereka dilihat duduk bersebelahan ketika acara pertunjukan fesyen itu berlangsung.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

gaya hijab yuna ala-ala cleopatra


4 minggu lalu

“Macam Firaun, Takyah Datang Malaysia!” – Gaya Hijab Ala-Ala ‘Cleopatra’, Yuna Dikecam Teruk





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.