Entertainment

Duit Jual Bundle Kena ‘Rembat’ Dengan Kawan Sendiri, Lelaki Guna Duit KWSP Hantar Ibu Pergi Umrah


Setiap anak pastinya mahu berbakti kepada ibu bapa dengan mengikut cara tersendiri sebagai satu penghargaan.

Dalam video yang dimuat naik di laman Instagram mstaronlineofficial, lelaki bernama Opie Karmal Obispo, 29, memberitahu ibunya, Rakimah Ansil, 67, bahawa dia akan menghantar wanita itu menunaikan umrah pada hujung Disember tahun ini.

Advertisement

Perkara itu menyebabkan Rakimah menitiskan air mata kerana terharu dengan tindakan anak lelakinya itu.

Menurut laporan mStar, Opie terdetik untuk memberikan hadiah itu kerana mula mendalami isi kandungan yang terkandung di dalam al-Quran.

Opie menjelaskan bahawa ibunya tinggal seorang diri di Kuala Lumpur kerana telah bercerai dengan suami dan dia hanya mampu mengirimkan duit bulanan sahaja.

Katanya juga, dia mula mengumpul duit dengan menjual bundle tetapi malangnya hasil jualan telah dicuri oleh rakan yang baru dikenali.

Walaubagaimanapun, Opie tidak berputus asa dan mengusahakan jualan bundle seorang diri dan bersyukur duit KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) sebanyak RM8,000 boleh dikeluarkan untuk menghantar ibunya menunaikan umrah.

Opie sempat menasihatkan untuk orang-orang di luar sana  supaya berusaha membahagiakan ibu bapa agar Allah melipat gandakan rezeki.

ibu menyusu salah posisi


17 jam lalu

Ibu Kesal ‘Breastfeed’ Sambil Baring, Anak Tersedak Sampai Susu Mengalir Dari Telinga





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.