Entertainment

“Doktor Masih Tengok, Belum Dapat Jawapan” – Baru Diduga Rumah Musnah, Ebby Yus Masuk Hospital Pula


Baru saja berdepan dengan ujian apabila rumahnya yang sedang dalam pembinaan di Hulu Langat musnah akibat banjir baru-baru ini, pelakon dan pelawak Ebby Yus diduga pula apabila dimasukkan ke hospital.

Menurut Harian Metro, Ebby berkata dia dimasukkan ke hospital sejak empat hari lalu, selepas banjir baru-baru ini. Namun, pelakon itu tidak mendedahkan hospital mana dia ditahan.

Saya dalam hospital, sudah empat hari masuk. Selepas banjir tempoh hari, saya masuk hospital.”

Kata pelakon berusia 56 tahun itu, dia masih belum mengetahui punca dia ditahan dan kini masih menunggu maklumat daripada pihak hospital. Bagaimanapun, difahamkan suaranya kedengaran agak lemah ketika dihubungi melalui mesej suara.

Tak boleh nak cakap lagi sekarang ini sebab doktor masih tengok dan belum mendapat jawapan. Petang ini, saya akan jalani ujian imbasan X-Ray.”

Ebby Yus


1 minggu lalu

Rumah Hanyut Akibat Banjir, Ebby Yus Reda Dengan Ketentuan Ilahi





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.