Politics

Dituduh tukar komponen, pemilik bengkel maut ditikam



bhnews@bh.com.my

PARIT BUNTAR: Seorang pemilik bengkel meninggal dunia ketika menerima rawatan selepas ditikam dengan senjata tajam oleh seorang lelaki di premis perniagaannya di Pekan Titi Serong, di sini petang Isnin.

Dalam kejadian jam 2.00 petang, mangsa berusia 43 tahun dikatakan dikunjungi seorang lelaki berusia lingkungan 50-an yang menaiki motosikal.

Lelaki terbabit dikatakan menikam mangsa menggunakan senjata tajam dipercayai pisau sebelum beredar dan meninggalkan motosikal di lokasi.

Turut ditemukan dilokasi sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek ketika menyerang mangsa.

Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke Hospital Parit Buntar oleh orang awam namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Menurut ahli keluarga, ketika kejadian terdapat beberapa pekerja dan seorang anak dibengkel itu dan mangsa telah menjalankan perniagaannya di premis itu sejak 20 tahun lalu.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Anuar Othman, berkata suspek kejadian itu sudah menyerah diri di Balai Polis Simpang Lima di sini sejurus selepas kejadian.

Suspek berusia 52 tahun adalah seorang peniaga, dikatakan datang ke balai polis berkenaan pada jam 2.45 petang sambil memaklumkan dirinya telah menikam seorang lelaki di sebuah kedai motosikal di Titi Serong, Tanjung Piandang.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian kerana suspek tidak berpuas hati dan menuduh mangsa telah menukar beberapa kompenan motosikal miliknya tiga minggu lalu.

“Mangsa yang maut disahkan sebagai Tan Hee Song,43 dan tinggal di Nibong Tebal,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.