Entertainment

Dikecam Persenda ‘Slang’ Penyanyi Popular Korea, Sabrina Azhar Tampil Beri Respon


Nama selebriti media sosial, Sabrina Azhar sekali lagi menjadi perbualan hangat netizen apabila dia didakwa mempersenda penyanyi rap daripada kumpulan Stray Kids iaitu Bang Chan gara-gara penyanyi itu tidak boleh menyebut perkataan ‘No’ dengan betul.

Artikel berkaitan : Ligat Menari Walaupun Berhijab, Gadis Malaysia Menetap Di Korea Tak Kisah Dikecam – ‘Tak Boleh Kawal Mulut Orang’

Sabrina dikecam lagi

@yongboklixiee Please respect people boundaries, you are not his close friend and pls don’t joking around/ making fun of ppl accent, it’s disrespectful. Please have some common sense. #bangchan #sabrina #straykids #commonsense ? original sound – Yongboklixiee

Menerusi video yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna di TikTok dikenali sebagai Yongboklixiee, memaparkan Sabrina sedang menceritakan bagaimana dia bertemu dengan Bang Chan.

Namun, apa yang membuatkan warganet tidak berpuas hati adalah Sabrina seperti mempersenda cara penyanyi korea selatan itu bercakap serta dianggap tidak beradab.

Saya jumpa Bang Chan masa dinner. Dia sangat humble dan baik. Tapi saya jahat sebab membahan dia sebab Bang Chan ada slang Australian dia asyik cakap ‘naur’. Saya cakap boleh tak awak cakap ‘no’ tanpa bunyi ‘naur’ Dia try nak sebut tapi tetap tak boleh.

Bagaimana kalau ada orang acukan pistol dekat kepala dia lepas tu dia kena cakap ‘no’ kalau tak dia mati. Dan dia cakap kalau macam tu dia akan mati.

Trending di Twitter

Berikutan komen tersebut, nama Sabrina trending di laman Twitter apabila netizen meluahkan rasa kurang senang dengan cara selebriti media sosial itu mempersendakan cara sebutan penyanyi kegemaran mereka.

Difahamkan, sejak semalam nama Sabrina menjadi trending serta mendapat lebih 16 ribu tweets di laman twitter.

Awak boleh cakap pasal ni tapi bila isu tidak menghormati orang islam, awak diamkan diri. Sangat memalukan,” kata pengguna @YUNHWHORE.

Sabrina belajar tinggi-tinggi tapi common sense kelaut baik tak payah. Buat lawak pasal accent orang sebenarnya tak lawak langsung,” kata pengguna @strawbe3rryim.

Haa lepas ni siapa pula Sabrina nak dinner nanti. Terkejut masing-masing dia dinner dengan Bang Chan,” kata pengguna @NurAzieraMdShah.

Tampil beri penjelasan

Walau bagaimanapun, Sabrina tampil memberi penjelasan bahawa ia hanya sekadar gurauan secara umum malah terdapat seorang lagi rakan daripada Australia yang hadir ketika itu.

Semua orang berada dalam mood yang baik dan itu adalah gurauan sahaja. Pergi benci orang lain sebab Chan sendiri tergelak sebab dia rasa benda tu kelakar. Jangan jadikan benda kecil sebagai isu, sedangkan tak ada apa-apa.

Ujarnya lagi, mereka sudah dewasa dan tahu macam mana nak bergurau dan sekiranya Bang Chan terasa dengan gurauannya itu, dia akan meminta maaf secara peribadi.

Sumber : yongboklixiee, jpbrinx





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.