Entertainment

Datin Almy Nadia Menerima Body Shaming Lagi


Pada yang tidak tahu, pelakon Datin Almy Nadia antara selebriti yang sering menerima serangan body shaming daripada netizen.

Isteri kepada pelakon Fizz Fairuz itu bagaimanapun jarang melatah.

Difahamkan, ada netizen meninggalkan komen negatif pada video ulasan makanan yang dibuat Almy.

“Tolong berhenti makan, sis.

“Badan kau sendiri gemuk, kenapa nak promote weightloss untuk pengikut kau?” antara komen biadab warganet.

Almy bagaimanapun mendakwa tidak terkesan dengan komen sedemikian, sebaliknya mendoakan individu terbabit agar diberi ketenangan dan kebahagiaan jiwa.

Dia berpendapat, individu sepertinya tidak menerima kasih sayang secukupnya daripada orang sekeliling.

Terasa diri lebih hebat, kacak dan lawa ke kalau body shaming orang lain ni? – CARI



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.