Entertainment

‘Dah Sedia Hadapi Apa Saja Kecaman Netizen’ – Ali Puteh


Isu & Kontroversi

Semalam (Jumaat) mahkamah memerintahkan pelawak Ali Puteh membayar sebanyak RM60,000 kepada bekas kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali, selepas mengeluarkan kata-kata aib di Instagramnya pada dua tahun lalu.

Artikel Berkaitan: Hidayah Abam Bergenang Mata, Lega Menang Saman Fitnah Ali Puteh

Artikel Berkaitan: Hormat Keputusan Mahkamah, Ali Puteh Bakal Buat Rayuan – ‘Kalau Arwah Mak & Abam Ada Lagi Tak Akan Jadi Seperti Ini’

Artikel Berkaitan: Selepas Sujud Syukur, Hidayah Abam Tunai Hajat Sedekah Buah Di Surau – ‘Terima Kasih Yang Mendoakan’

Ketika ditemui OhBulan!, Ali, 33, memberitahu dia tidak ada masalah dengan netizen yang mencemuh dan memaki di platform media sosial. Katanya, dia sudah bersedia dengan setiap kecaman kerana itu bukan perkara baharu.

Dalam dua tahun ini, saya sudah bersedia menghadapi apa saja kecaman. Saya sudah maklumkan kepada keluarga, menang pun kita kena (hentam), kalah pun kita kena.

Jadi, saya tiada masalah dengan netizen sebab kita tahu apa yang kita lakukan dan apa sebenarnya yang terjadi.

Dalam pada itu, pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menyatakan dia tidak akan membuat sebarang hantaran yang berbentuk luahan di akaun miliknya kerana khuatir akan mengganggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

Kalau saya kongsikan apa-apa lagi di media sosial, saya bimbang akan berlaku masalah di Mahkamah Tinggi.

Tentang netizen, saya memang tak risau apa-apa pun.

Ketika ditemui di perkarangan luar mahkamah, Ali memaklumkan akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi berikutan terdapat beberapa fakta yang didakwa tidak tepat.

Pada Mei 2020, Nor Hidayah telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.

Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu dalam prosiding sama, mahkamah menolak saman fitnah yang dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya lain terhadap Nor Hidayah dan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dengan kos sebanyak RM13,000.

Dalam prosiding semalam, Ali Puteh diwakili peguam, Noorazmir Zakaria manakala Nor Hidayah diwakili peguam Mohamed Ibrahim Mohamad manakala Alif Syukri diwakili peguam, Hasshahari Johari Mawi.

Kemelut antara kedua-dua individu itu tercetus selepas kematian Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Sumber: Instagram @aliputeh_official



The following two tabs change content below.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.