Entertainment

“Dah 20 Tawaran Terpaksa Ditolak” – Ibu Dedah Wartawan Cilik Tertekan, Ramai Minta ‘Review’ Produk


Sejak namanya menjadi bualan ramai, adik Muhammad Haziq Mohd Asyraf menjadi perhatian dan buruan ramai usahawan dan syarikat.

Menurut Awani, popularitinya membuatkan mereka mahu merebut peluang untuk meminta adik Haziq mempromosikan atau membuat ‘review’ barangan jualan masing-masing.

Disebabkan itu, pelajar berusia 12 tahun berkenaan tidak menang tangan kerana tidak henti menerima panggilan yang banyak daripada peniaga sehingga membuatkannya tertekan.

Berdasarkan perkongsian ibunya, Nur Shakilla Zainol, 33, dia dan suami tidak mahu anak mereka ‘terbeban’ dengan situasi itu yang boleh mengganggu pembelajarannya.

Oleh itu, Nur Shakilla berkata dia terpaksa menolak sehingga 20 tawaran membuat ‘review’ produk dalam minggu ini.

Katanya, adik Haziq ada bersuara berkata dia mula tertekan kerana panggilan telefon bertalu-talu.

Hari Rabu dan Khamis dia bersekolah… (dia) tidak boleh (buat) sebarang aktiviti (seperti mengulas produk) nanti dia letih, dia kena rehat banyak.”

Semoga pembelajaran dan kesihatan adik Haziq tidak terganggu dek kerana situasi ini.


2 minggu lalu

Di Sebalik Keceriaan & Kepetahan Bercakap, Wartawan ‘Cilik’ Ini Rupa-rupanya…





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.