Politics

COVID-19: New Zealand lapor 1,901 kes jangkitan tempatan


WELLINGTON: New Zealand melaporkan 1,901 kes baharu COVID-19 membabitkan jangkitan tempatan pada Sabtu, menurut Kementerian Kesihatan.

Sebanyak 1,240 kes direkodkan di bandar terbesar Auckland, termasuk 249 di Waikato dan 66 di Bay of Plenty.

Sementara itu, 14 kes baharu turut dikesan di sempadan New Zealand, lapor Xinhua memetik kenyataan kementerian.

Setakat ini, terdapat 76 pesakit menerima rawatan di hospital New Zealand, tetapi tiada kemasukan direkodkan di unit rawatan rapi.

New Zealand melaporkan 28,360 kes COVID-19 sejak tercetusnya wabak itu.

Kementerian Kesihatan giat mengadakan kempen suntikan dos penggalak di seluruh negara.

“Dos penggalak penting dalam membantu perjuangan kami menentang varian Omicron kerana ia terus merebak di seluruh negara,” menurut kementerian itu.

Kira-kira 95 peratus rakyatnya telah lengkap menerima vaksin COVID-19 dan 65 peratus lagi sudah mendapat suntikan dos penggalak.

Di bawah Rangka Kerja Perlindungan COVID-19, New Zealand kini dikategorikan tahap Merah, iaitu peringkat tertinggi rangka kerja itu.

Pada tahap itu, pelitup muka menjadi kemestian dalam perhimpunan tertutup membabitkan 100 orang. – BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.