Entertainment

Cincin Tak Beli, Persiapan Tak Nak Buat, Gadis Geram Sikap Acuh Tak Acuh Bakal Tunang


Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Di TikTok, impian seorang gadis yang ingin mengakhiri hubungan mereka dengan sebuah ikatan yang sah akhirnya terkubur begitu sahaja apabila bakal tunangnya bersikap acuh tidak acuh dan membuat keputusan untuk menangguhkan pertunangan mereka.

Kisah sedih itu dikongsikan oleh seorang gadis dikenali sebagai Ezzati Malek menerusi beberapa video yang dimuat naik olehnya. Dakwa gadis tersebut sepatutnya pada 20 Februari ini dia bakal bertunang dengan pilihan hatinya, namun tidak kesampaian.

20 Februari tarikh yang ditunggukan tapi tak jadi.

Menerusi perbualan Zaty bersama bekas kekasih hatinya, lelaki tersebut seperti tidak ambil peduli mengenai majlis pertunangan mereka dan membiarkan gadis berkenaan memilih apa sahaja yang mahu.

Abang bukan tahu. Bukan abang yang nak duduk. Sayang pilih lah, sayang yang nak pakai.

Dalam pada itu, gadis berkenaan seperti kecewa dengan sikap pasangannya itu yang tidak ambil peduli serta tidak memberikan sebarang kata putus.

Duit nak beli cincin pun entah ke mana entah. Okay memang aku tak bagi effort sangat. Kalau ikut aku nak mintak tangguh je.

Ketika artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan majlis pertunangan tersebut berlangsung seperti biasa atau pun tidak.

@zatyzzzzz 20.02 tarikh yang ditunggukan tapi ?? #fyp? #tunangan?2022? #fyp ? bunyi asal – Shah – Nasi Lemak
@zatyzzzzz Reply to @adlieeeen part2 ??. #fyp? #masukberanda #fyp ? bunyi asal – ku punya hati – ?manjEee648?

Sumber : zatyzzzzz



The following two tabs change content below.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.