Entertainment

Cemburu Antara Motif Wanita Mengandung Ditembak, Polis Mohon Netizen Jangan Buat Spekulasi Hingga Siasatan Selesai


Berikutan kes seorang wanita mengandung ditemui maut dengan kesan tembakan pada perutnya, semalam, pihak polis mengesyaki kejadian tersebut berpunca daripada perasaan cemburu.

Artikel berkaitan: ‘Sekarang Saya Dah Tiada Mami, Kenapa Orang Itu Tembak Mami?’ – Anak Arwah Wanita Hamil 7 Bulan

Artikel berkaitan: ‘Nak Keluar Mengurut Kerana Lenguh Badan’ – Wanita Mengandung Mangsa Tembakan Minta Tolong Nenek Jaga 3 Anak

Artikel berkaitan: Wanita Mengandung Ditemui Maut Di Tempat Duduk Pemandu Dengan Kesan Tembakan

Macam-macam kemungkinan

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, pihaknya sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian.Seingga kini, pihaknya sudah menahan seorang lelaki berusia 40 tahun bagi membantu siasatan dan suspek berkenaan mempunyai hubungan dengan mangsa.

Setakat ini macam-macam kemungkinan motif kejadian dan salah satunya adalah cemburu. Kita akan menyiasat secara menyeluruh, termasuk mengambil keterangan daripada saksi supaya apa yang kita jangkakan adalah benar. Justeru, orang ramai diminta tidak membuat spekulasi hingga siasatan polis selesai. Suspek yang ditahan kini direman lima hari bermula hari ini hingga Khamis untuk siasatan lanjut.

Tambah Zaki, pihaknya juga sedang menyiasat sama ada mangsa ditembak di lokasi kejadian penemuan mayat atau ditembak di lokasi lain.

Ada dua kemungkinan, mungkin mangsa ditembak di tempat lain tetapi sempat memandu hingga sampai di lokasi kejadian atau mangsa sememangnya ditembak di lokasi berkenaan. Jarak rumah mangsa dengan lokasi kejadian adalah 15 kilometer sahaja. Berdasarkan percakapan ibu mangsa, wanita berkenaan keluar untuk mengurut.

Ujar Zaki lagi, pihaknya percaya suspek menggunakan pistol separa automatik 38 berdasarkan penemuan kelongsong peluru.

Sumber: Berita Harian



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.