Entertainment

‘Boleh Panggil Badan Gemuk, Jangan Panggil Saya Siti Bainun!’ – Norreen Iman


Sebelum ini, pelakon Ika Nabella menasihati orang ramai agar tidak mempermainkan saiz fizikal Siti Bainun kerana itu adalah ciptaan Allah.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Sokong Apa Bainun Buat Cuma Jangan ‘Body Shaming’ – Ika Nabella

Mentang saya nampak jijik

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NORREEN IMAN (@norreen143)

Terbaru, pelakon Norreen Iman naik hantu apabila ada segelintir netizen yang menyamakan fizikal diri dengan Siti Bainun.

Kata Norreen, 28, dia tidak kisah menjadi mangsa ‘body shaming’ tetapi tegasnya bukan menyerupakan penampilan dengan pengasas Rumah Bonda.

Ingat Siti Bianun tadi? First for all korang boleh panggil saya Norreen badan gemuk macam ba**, gajah, tong drum, trak..semua benda boleh panggil. Perut saya pun banyak roadblock.

Tapi jangan panggil saya Siti Bainun. Saya dengan Siti Bainun jauh sekali.. Yes memang saya gemuk gila! Tinggi 171cm, gemuk pula tu. Saya punya besar kalau duduk depan kau memang terus gelap masa depan! Tapi do not call me Siti Bainun!

Saya pencinta anak

Dalam pada itu, pemilik nama Norreen Iman Abdullah menekankan perwatakan dirinya dengan Siti Bainun sangat jauh berbeza. Pelakon drama rantaian Rindu Awak Separuh Nyawa berkata dia seorang yang penyayang.

Sebab saya bukan ‘abuse’. Saya pencinta alam, pencinta makanan, pencinta binatang, pencinta anak. Saya penyayang. Muka ja macam ini!

Yang cakap saya Siti Bainun, kalau saya rembat muka baru tau. Asal gemuk ja Siti Bainun!

Sumber: Instagram @norreen143





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.