Entertainment

‘Body Shaming’ Atlet Malaysia, Mak Cik Indonesia Jerit ‘Jelek Gendut’ Depan Aaron Chia Teruk Dikecam


February 21st, 2022 | by Shira

Kini Trending

Foto: Kosmo

Selepas hampir seminggu berlangsungnya Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Setia City Convention and Centre (SACC), Shah Alam akhirnya pasukan badminton lelaki Malaysia berjaya menewaskan juara bertahan Indonesia pada perlawanan akhir semalam.

Tak dinafikan, kemenangan pasukan Malaysia sememangnya memberikan kegembiraan dan kebanggaan buat negara.

Walau bagaimanapun, sebelum kejayaan pasukan negara merangkul gelaran juara BATC 2022, kecoh di beberapa platform media sosial mengenai satu rakaman video di mana ramai penyokong memberi semangat buat para peserta.

Namun lain pula yang jadinya apabila salah seorang pemain beregu negara iaitu Aaron Chia dipercayai telah menerima penghinaan ‘body shaming’ dari seorang wanita. Menerusi video pendek, kedengaran dengan jelas suara seorang wanita tersebut memanggil Aaron dengan panggilan ‘Eiii, jelek gendut’.

Perkongsian video tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan kebanyakan daripada mereka meluahkan rasa geram selain menyifatkan perbuatan tersebut sangat tidak profesional dan kurang sopan.

Tindakan tidak bermoral wanita terbabit bukan sahaja dikecam oleh rakyat Malaysia malah penyokong dari Indonesia turut meluahkan rasa kecewa dengan perkara tersebut. Menurut mereka, setiap penyokong perlulah mempunyai semangat kesukanan dengan bersaing secara sihat dan bukannya dengan melemparkan kata-kata kesat kepada pihak lawan.

Sumber: Twitter Hweng19



The following two tabs change content below.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.