Politics

Bingka sawit, juadah tradisional gamit peserta lawatan warisan



bhnews@bh.com.my

JELEBU: Bingka sawit yang popular dikalangan masyarakat FELDA, antara juadah yang dihidangkan kepada peserta lawatan warisan ke FELDA Pasoh Empat, Simpang Pertang, Jelebu.

Pengurus Azliny Team Building Outdoor Adventure (ATOA), Norazlini Mohd Ali berkata, bingka sawit antara juadah enak dengan bahan utamanya daripada pati buah sawit yang sebelum itu direbus terlebih dahulu.

Katanya, selain bingka sawit, 35 peserta dari kelab Damers Hod Ride turut dihidangkan dengan pelbagai juadah tradisional kampung seperti gulai pisang dan ikan bakar.

” Program dianjurkan bagi memperkenalkan warisan tradisional masyarakat tanah rancangan FELDA yang ada antaranya hampir pupus akibat peredaran zaman seperti hidangan bingka sawit.

“Kaedah mengukur kelapa secara tradisional juga akan pupus selepas peralatan moden diperkenalkan, suatu ketika dahulu, ia menjadi peralatan penting dalam setiap keluarga,” katanya.

Norazlini berkata, sebagai generasi baharu FELDA dia mahu memperkenalkan semula pelbagai warisan yang ada kepada pengunjung luar bagi sebagai pilihan dalam percutian mereka.

Katanya, ketibaan peserta juga akan dimeriahkan dengan persembahan tarian selamat datang dan silat selain jual beli pantun.

“Demontrasi menghidupkan api menggunakan batu kuarza dan habuk muding, memasak ayam dalam buluh turut ditunjukkan kepada peserta,” katanya.

Hadir sama pada program berkenaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Noor Azmi Yusof.

Sementara itu, Presiden Damers Hod Ride, Syahrizal Nurlis berkata, kesemua ahli kelab teruja dengan pelbagai aktiviti yang diadakan bagi pengunjung yang mahu merasai kelainan dalam percutian mereka.

Katanya, dengan aktiviti yang bermanfaat ia memberi pendedahan kepada pengunjung kerana dapat memahami warisan yang ada di suatu tempat.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published.